Dua rakyat Malaysia dibenar tinggalkan Korea Utara

Dua daripada 11 rakyat Malaysia yang ditahan daripada meninggalkan Korea Utara dilaporkan sudah dibenarkan meninggalkan negara berkenaan....


Dua daripada 11 rakyat Malaysia yang ditahan daripada meninggalkan Korea Utara dilaporkan sudah dibenarkan meninggalkan negara berkenaan.

Menurut laman Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua rakyat Malaysia itu adalah Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy.


Mereka berdua kini dilaporkan berada di Beijing.

Sebelum ini, laporan agensi berita antarabangsa Reuters yang memetik sumber kerajaan berkata, mereka merupakan dua kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia (WFP).

Pada Rabu, Datuk Seri Najib memberitahu, Malaysia masih belum memutuskan hubungan dengan Korea Utara bagi membolehkan usaha rundingan dibuat dengan Pyongyang susulan larangan keluar rakyat Malaysia di negara berkenaan.

Jelas beliau, Kuala Lumpur juga sedang meneliti apa kehendak sebenar Pyongyang.

Sebelum ini Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Wisma Putra memberi jaminan bahawa usaha membawa pulang 11 rakyat Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara diberi keutamaan tertinggi oleh kerajaan.

Tegasnya, pihaknya sedang giat berusaha memastikan kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Dua rakyat Malaysia dibenar tinggalkan Korea Utara
Dua rakyat Malaysia dibenar tinggalkan Korea Utara
https://2.bp.blogspot.com/-3en8HcoBLGM/WMEgMoM7_iI/AAAAAAAADLI/qJHHHNAzNJUFmgcwceuSTYmaYsuGkcSeACLcB/s400/north-korea-21.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-3en8HcoBLGM/WMEgMoM7_iI/AAAAAAAADLI/qJHHHNAzNJUFmgcwceuSTYmaYsuGkcSeACLcB/s72-c/north-korea-21.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/dua-rakyat-malaysia-dibenar-tinggalkan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/dua-rakyat-malaysia-dibenar-tinggalkan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy