Bilakah Agaknya Guan Eng Akan Dijatuhi Hukuman

Kemain lama lagi kes Lim Guan Eng nak selesai,Hampir setahun juga tokong harapan  puak-puak pembangang ni masih lagi menjalankan tugas se...


Kemain lama lagi kes Lim Guan Eng nak selesai,Hampir setahun juga tokong harapan  puak-puak pembangang ni masih lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri.

Cakapnya kemain putar alam,sana sini rasuah,salah,dosa..tapi hakikatnya diri sendiri tak betul,malah disanjung pula oleh puak-puak PH.Apa nak jadi?Butakah mata.Apa dah jadi dengan Pulau Pinang,habis diratahnya hutan-hutan ditambaknya laut dan merosakkan eko sistem hidupan dilautan.

Adakah tokong ini begitu kebal dari undang-undang atau dirinya meminta tempoh agar kesnya ditangguh-tangguh kerana poket belum cukup penuh untuk tibai apa yang ada.

Isnin minggu lalu,Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menangguhkan perbicaraan pertuduhan rasuah ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan,Phang Li Koon selepas mereka mencabar keputusan mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Susulan itu telah timbul persoalan dari parti Gerakan apabila dilihat tindakan Guan Eng yang dilihat sengaja melengah-lengahkan pertuduhan rasuah beliau yang sepatutnya mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi semalam.

Ini kerana kata Pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo, tindakan Guan Eng dan Li Koon itu bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang kononnya tidak sabar membuktikan mereka tidak bersalah dalam pertuduhan itu antaranya melibatkan pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran.

Jason yang meragui tindak-tanduk Guan Eng itu berkata, Seksyen 62 Akta SPRM pernah dikenakan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, tetapi pemimpin itu tidak bertindak mencabar undang-undang yang telah digazetkan.

“Persoalannya mengapa peguam bela, Gobind Singh Deo dalam prosiding yang berlangsung 20 Mac lalu mencabar akta tersebut walaupun pada 2009 perbincangan terperinci dilakukan sebelum undang-undang berkenaan digazetkan.

“Buktikan kepada orang awam yang mempersoalkan penangguhan kes itu bahawa ahli DAP ada mencabar dan tidak bersetuju terhadap akta tersebut ketika perbincangan di peringkat Dewan Negara atau Dewan Rakyat,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya Guan Eng berada di pihak yang benar, beliau sepatutnya memberikan kerjasama dan membenarkan mahkamah meneruskan perbicaraan tersebut tanpa gangguan.

“Itu sepatutnya yang beliau lakukan, melainkan ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan orang awam yang berkemungkinan besar akan didedahkan mahkamah dalam perbicaraan itu nanti,” katanya.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bilakah Agaknya Guan Eng Akan Dijatuhi Hukuman
Bilakah Agaknya Guan Eng Akan Dijatuhi Hukuman
https://3.bp.blogspot.com/-kMAYRAmeNwM/WNyQ3rKvwkI/AAAAAAAADV4/tTFdWc80TkULBun0JIqo0DW1bqM2lGn6QCLcB/s400/gn.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-kMAYRAmeNwM/WNyQ3rKvwkI/AAAAAAAADV4/tTFdWc80TkULBun0JIqo0DW1bqM2lGn6QCLcB/s72-c/gn.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/bilakah-agaknya-guan-eng-akan-dijatuhi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/bilakah-agaknya-guan-eng-akan-dijatuhi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy