Bidaan Plat ‘RIMAU’ April Ini

KUALA LUMPUR – Plat khas ‘RIMAU’ mula dibuka untuk bidaan orang ramai bermula April bagi mempromosikan Temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lum...


KUALA LUMPUR – Plat khas ‘RIMAU’ mula dibuka untuk bidaan orang ramai bermula April bagi mempromosikan Temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017, yang akan berlangsung pada Ogos depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut diambil Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017 (MASOC) dan ia akan dilancar hari ini, lapor MalaysiaGazette.

“MASOC juga memperkenalkan inisiatif bagi mempromosikan Kuala Lumpur 2017 dengan memperkenalkan plat khas ‘RIMAU’ yang akan dilancarkan pada petang ini dengan bidaan dibuka kepada orang ramai mulai April 2017.

“Dalam pada itu, MASOC juga akan mengeluarkan barangan cenderamata Kuala Lumpur 2017 yang akan dilancarkan awal Mei untuk jualan kepada umum,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan walaupun peruntukan yang diberikan kerajaan dalam penganjuran temasya kali ini agak ketat, ia tidak menjejaskan persiapan pengelolaan.

Selain itu, 17 buah syarikat juga sudah memberikan penajaan daripada segi wang tunai dan barangan untuk menjayakan temasya yang penting ini, antaranya Teleko Malaysia, Milo, 100 Plus, Ajinomoto, MAHB, SCGM, Prudential, Petronas, Royal Selangor, AirAsia, Asia Pacific Sports, McDonald, Naza, FBT, Sunrise and Companya, Victor dan Marathon.

Sasaran penajaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM80 juta iaitu RM30 juta dalam bentuk tunai dan RM50 juta dalam bentuk perkhidmatan dan barangan.

“Jumlah penajaan yang diterima buat masa sekarang adalah sebanyak RM20.5 juta dalam bentuk tunai dan RM48.7 juta dalam bentuk barangan menjadikan keseluruhan adalah sebanyak RM69.2 juta (86.61 peratus daripada sasaran penajaan),” kata Khairy.

Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos ini.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bidaan Plat ‘RIMAU’ April Ini
Bidaan Plat ‘RIMAU’ April Ini
https://1.bp.blogspot.com/-CTe1Vzbgrvc/WNzETCeDU8I/AAAAAAAADWg/ONd9ZuCUFEQlU6I5Un7Q3KRNmktCRSXaQCLcB/s400/Rimau-101-660x400.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-CTe1Vzbgrvc/WNzETCeDU8I/AAAAAAAADWg/ONd9ZuCUFEQlU6I5Un7Q3KRNmktCRSXaQCLcB/s72-c/Rimau-101-660x400.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/bidaan-plat-rimau-april-ini.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/bidaan-plat-rimau-april-ini.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy