9 rakyat Malaysia selamat tiba dari Korea Utara

Alhamdulillah kesemua 9 rakyat Malaysia telah selamat sampai ke tanah air pada pukul 5 pagi tadi dari Pyongyang Korea Utara. SEPANG 31 ...


Alhamdulillah kesemua 9 rakyat Malaysia telah selamat sampai ke tanah air pada pukul 5 pagi tadi dari Pyongyang Korea Utara.

SEPANG 31 Mac - Sembilan rakyat Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba ke tanah air hari ini.

Mereka yang menaiki pesawat khas telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi.

Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.


Sembilan rakyat Malaysia berkenaan adalah Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu peribadi Duta Besar), suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya semalam menyatakan rasa syukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.

Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara telah bertolak dari Pyongyang pada pukul 7.45 petang semalam waktu Malaysia.

Sumber

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 9 rakyat Malaysia selamat tiba dari Korea Utara
9 rakyat Malaysia selamat tiba dari Korea Utara
https://4.bp.blogspot.com/-Fpralk91lTo/WN3EZ-Mid5I/AAAAAAAADW4/Q0ZoOMgJ86Y378n8c4-10qZ0N59dh1mQgCLcB/s400/image.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-Fpralk91lTo/WN3EZ-Mid5I/AAAAAAAADW4/Q0ZoOMgJ86Y378n8c4-10qZ0N59dh1mQgCLcB/s72-c/image.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/9-rakyat-malaysia-selamat-tiba-dari.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/9-rakyat-malaysia-selamat-tiba-dari.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy