YB Budiman Jadi DJ Radio Untuk Dengar Masalah Rakyat

Dalam usaha mendekati golongan muda dan pengguna media sosial, Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi menjadi juruhebah (DJ) di ra...


Dalam usaha mendekati golongan muda dan pengguna media sosial, Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi menjadi juruhebah (DJ) di radio dalam talian MySuara FM.

Dalam usaha tersebut, Budiman akan menjadikan radio online sebagai medium untuk menyalurkan maklumat penting di samping memberi pandangan berikutan masalah yang diluahkan oleh setiap pendengar.

“Usaha radio MySuara FM ini adalah satu saluran yang tepat supaya permasalahan golongan terpenting ini dapat didengar dan diatasi. Buat masa ini masalah terbesar kepada golongan ini ialah 3P iaitu perumahan, pekerjaan dan pendidikan.

“Tetapi ada juga isu peribadi seperti jodoh dan saya akan memberikan pandangan sebagai abang sulung,” jelasnya semasa pelancarkan slot berkenaan, petang Isnin.

Ahli Parlimen Sungai Besar itu akan diberi slot selama satu jam dalam segmen ‘PosToWaibi’ pada setiap hari Isnin dari jam 2 hingga 3 petang.

Katanya lagi, ia adalah satu platform untuk memberi peluang kepada pendengar dan pelayar untuk berkongsi masalah dan persoalan berkaitan isu semasa termasuk peluang pendidikan, kerjaya, perumahan, ekonomi dan termasuk msalah peribadi.

“Saya tiada masalah dengan pandangan yang bertentangan kerana itu adalah luahan hati mereka. Pada saya mereka mungkin beranggapan sedemikian kerana mendapat pandangan yang tidak tepat atau mereka berinteraksi dengan persekitaran yang tidak bersesuaian. Jadi mereka meluahkan dengan cara mereka.

“Saya akan memberikan pandangan saya sebagai pandangan kedua. Tetapi pandangan adalah sekadar pandangan. Apa yang lebih penting ialah tindakan dan penyelesaian,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MySuara Zainal Mohd Jais melihat program YB turun konti ini sebagai satu ruang yang lebih terbuka kerana khalayak pengguna media sosial yang lebih gemar kepada capaian maklumat dalam talian daripada melanggan media konvensional.

Pengguna media sosial ini bertalian sampai 24 sehari. Mereka tidak gemar ke program-program di peringkat akar umbi dan mereka bebas tanpa sebarang kepentingan.

“Hanya dengan cara mendekati mereka melalui media sosial, suara mereka dapat didengar oleh pihak yang berkepentingan terutamanya kerajaan dan menyelesaikan sebahagian permasalahan hidup mereka,” jelas Zainal.

Pelayar dan pendengar yang mempunyai permasalahan bolehlah memuatnaik soalan mereka di laman Facebook rasmi MySuara FM dengan hastag #PosToWaibi pada setiap hari Isnin sebelum jam 2.00 petang.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: YB Budiman Jadi DJ Radio Untuk Dengar Masalah Rakyat
YB Budiman Jadi DJ Radio Untuk Dengar Masalah Rakyat
https://1.bp.blogspot.com/-UXsFHAjvymM/WJl3-6UqLwI/AAAAAAAACqs/hIrSzrvVxGs045gEgAWQEFRpqGCu5O7VQCLcB/s400/budiman.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-UXsFHAjvymM/WJl3-6UqLwI/AAAAAAAACqs/hIrSzrvVxGs045gEgAWQEFRpqGCu5O7VQCLcB/s72-c/budiman.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/yb-budiman-jadi-dj-radio-untuk-dengar.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/yb-budiman-jadi-dj-radio-untuk-dengar.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy