Wings kini tinggal bertiga

 KUALA LUMPUR, 28 Feb : Wings mengesahkan kumpulan rock itu kini tinggal bertiga apabila pemain gitar utama mereka, Joe atau nama sebenar...



 KUALA LUMPUR, 28 Feb : Wings mengesahkan kumpulan rock itu kini tinggal bertiga apabila pemain gitar utama mereka, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir mengundurkan diri.

Keputusan itu diambil secara pemuafakatan selepas perbincangan bersama semua anggota Wings beberapa bulan lalu, kata Awie merangkap vokalis utama.

“Kami tidak melihat perkara ini sebagai isu besar kerana dalam sesebuah kumpulan, memang ada ahli yang keluar masuk.

Saya dan Black juga pernah keluar dan kemudian kami kembali bersama. “Bagi kami, Joe hanya pemuzik dan di luar sana ramai lagi pemuzik yang bagus.

Lagi pun kumpulan ini kuat kerana ia adalah Wings, bukan atas kapasiti individu.

“Sesiapa pun boleh membawakan muzik Wings andai seorang daripada kami tiada,” katanya pada sidang media Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama, di Istana Budaya, hari ini.

Begitupun, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie menegaskan, mereka sepakat untuk tidak mengambil anggota baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Joe.

Selain Awie, kumpulan rock popular yang ditubuhkan pada 1987 itu kini turut ditunjangi Black selaku pemain dram dan Eddie (gitar bass).

Sebelum itu, desas-desus pengguguran Joe daripada Wings timbul selepas tempatnya digantikan pemuzik undangan ketika konsert ambang tahun baharu di Melaka.


Kononnya, ia disebabkan beliau menjadi punca konsert sempena ulang tahun ke-30 Wings di Kota Kinabalu, Sabah yang sepatutnya berlangsung pada 24 Disember 2016 lalu ditunda.

Awie bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengunduran rakannya itu kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain memaklumkan Joe kini mempunyai kumpulan sendiri dinamakan Prime Domestic.

Sementara itu, pada Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan, mereka akan turut menggunakan khidmat pemuzik undangan.

Konsert yang turut menampilkan 25 selebriti popular lain termasuk Datuk Ramli Sarip, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Ito, Liza Hanim dan Beto Kusyairy itu bermatlamat membantu teman artis seperti Yazid Search dan ramai lagi.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Wings kini tinggal bertiga
Wings kini tinggal bertiga
https://2.bp.blogspot.com/-5m3HZ7vYP78/WLZPwyDh3oI/AAAAAAAADG8/mCh3l1u2KaAfD_eI_1OcEwF7jzDWB5akwCLcB/s400/joe1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-5m3HZ7vYP78/WLZPwyDh3oI/AAAAAAAADG8/mCh3l1u2KaAfD_eI_1OcEwF7jzDWB5akwCLcB/s72-c/joe1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/wings-kini-tinggal-bertiga.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/wings-kini-tinggal-bertiga.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy