Tuduh UMNO mirip Korea Utara, pemimpin Dap tunjuk kebodohan

Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafi menyifatkan kenyataan Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa UMNO leb...


Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafi menyifatkan kenyataan Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa UMNO lebih mirip regim Korea Utara sebagai lambang klimaks kebodohan kepimpinan Dap dalam menilai dan membuat perbandingan.Katanya lagi, sebelum membuat tuduhan dalam menjawab kenyataan Datuk Dr Puad Zarkashi itu, Teresa Kok sepatutnya  mencermin muka sendiri terlebih dulu, di mana demokrasi di dalam UMNO telah terbukti dan jauh lebih baik berbanding ‘demokrasi’ yang diamalkan di dalam Dap.

“UMNO sejak dari awal ditubuhkan sehingga ke hari ini, presidennya sudah bertukar sebanyak tujuh kali. Manakala timbalan presidennya pula telah bertukar sebanyak 10 kali. Manakala setiausaha agung UMNO pula sudah berbelas kali bertukar pemimpin.

“Tetapi apa yang berlaku di dalam Dap? Sejak dari awal penubuhan sehinggalah sekarang yang menguasai Dap hanyalah dinasti Lim Kit Siang dan anak beranaknya. Teresa Kok kata kepimpinan Dap dipilih oleh perwakilan setiap tiga tahun secara telus, telus yang bagaimana? Apakah ketelusan yang dimaksudkan oleh Teresa apabila lebih 700 ahli mereka dinafikan hak mengundi?

“Apakah ‘demokrasi’ dalam Dap lebih baik daripada UMNO apabila hanya ada wajah Lim Kit Siang dan anak beranaknya sahaja yang jelas menguasai hala tuju Dap? Apakah demokrasi yang dimaksudkan oleh Teresa apabila Lim Guan Eng yang mendapat tempat ke lima undi tertinggi tetap dilantik menjadi Setiausaha Agung dengan meminggirkan mereka yang mendapat undi lebih tinggi.

“Begitu juga apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi ketua Menteri Pulau Pinang dengan meminggirkan pemimpin-pemimpin lama Dap Pulau Pinang, apakah itu juga satu demokrasi bagi Teresa? Teresa sepatutnya berfikir dulu sebelum keluar kenyataan yang memperlihatkan kebodohannya sendiri,” tegas Razlan kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah Razlan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, inilah sikap kepimpinan Dap yang tidak pernah mengakui dan menyedari kelemahan serta kesilapan diri sendiri, sebaliknya lebih suka menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kecelaruan ‘demokrasi’ yang diamalkan di dalam parti tersebut.

“Jika kita baca kenyataan kepimpinan Dap  sejak dari mula ditubuhkan sehinggalah ke hari ini seolah-olah menggambarkan Dap itu sebuah parti yang tidak ada cacat celanya. Mereka begitu galak menuduh UMNO sebuah parti rasis, sedangkan merekalah yang terlebih rasis sebenarnya.

“Mereka menuduh UMNO sebagai regim kuku besi, sedangkan hakikatnya Dap sebenarnya sudah berpuluh tahun dikuasai oleh Dinasti kuku besi Lim dan keluarganya. Mereka berkata Dap sebuah parti terbuka dan bukan perkauman, tetapi berapa kerat sangatlah bangsa lain selain daripada bangsa Cina yang memegang jawatan penting dan tertinggi di dalam Dap.

“Saya kira, kepimpinan Dap harus sedar bahawa cop rasis dan cauvinis sudah sebati dengan parti tersebut di mata rakyat di negara ini, khususnya bagi orang Melayu, biarpun mereka bermatian cuba menafikannya.

“Jangan salahkan UMNO apabila Dap dicop sebagai parti rasis dan cauvinis, kerana ianya bukan berpunca daripada UMNO, tetapi tanggapan dan persepsi itu sebenarnya lahir daripada kenyataan dan sikap kepimpinan Dap itu sendiri terhadap rakyat di negara ini,” ujarnya.-MediaUMNO

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Tuduh UMNO mirip Korea Utara, pemimpin Dap tunjuk kebodohan
Tuduh UMNO mirip Korea Utara, pemimpin Dap tunjuk kebodohan
https://1.bp.blogspot.com/--kKtyMozgDQ/WLUbbnuU_PI/AAAAAAAADGI/UQNe6D2xnJEOY5F1QpnpdPXUj6hd7kUSQCLcB/s400/852113918_86925.jpg
https://1.bp.blogspot.com/--kKtyMozgDQ/WLUbbnuU_PI/AAAAAAAADGI/UQNe6D2xnJEOY5F1QpnpdPXUj6hd7kUSQCLcB/s72-c/852113918_86925.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tuduh-umno-mirip-korea-utara-pemimpin.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tuduh-umno-mirip-korea-utara-pemimpin.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy