TPM arah Wisma Putra bentang di kabinet penilaian hubungan Malaysia dengan Korea Utara

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Luar membentangkan kepada Kabinet penilaiannya mengenai hubungan diplomatik deng...


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Luar membentangkan kepada Kabinet penilaiannya mengenai hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Ini susulan daripada kenyataan 'kurang berdiplomasi' Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, baru-baru ini yang mendakwa Malaysia bersengkongkol dengan musuh Pyongyang berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama negara itu, Kim Jong-un pada 13 Feb.

"Hubungan diplomatik kita serahkan kepada Kementerian Luar untuk lakukan penilaian dan kemukakan perkara itu kepada jemaah menteri untuk diputuskan.

"Kita harapkan ia dapat dipertahankan...namun dalam masa yang sama hormatilah undang-undang negara kita dan hormatilah profesionalisme yang dilakukan oleh pakar-pakar kita," katanya mengenai dakwaan Kang Chol dan proses penyiasatan yang dilakukan Malaysia dalam kes ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke pusat pemulihan penagih dadah Cure and Care (CCRC) Sungai Ruan, Raub Jumaat.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan, dan Kepenggunaan Negeri Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin mewakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dab Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin.

Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini menggesa kerajaan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan beberapa kenyataan pemimpinnya termasuk Kang Chol yang tidak menghormati kedaulatan negara ini.

Kang Chol dalam sidang akhbarnya pada 17 Feb lalu mendakwa kononnya Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes pembunuhan Jong-nam.

Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad Zahid dengan tegas berkata Malaysia melakukan penyiasatan kes berkenaan dengan profesional tanpa pengaruh atau bersengkongkol dengan mana-mana individu, organisasi mahupun negara ketiga.

"Malaysia bukan sebuah negara yang membenihkan penjenayah, Malaysia bukan sebuah negara melindungi penjenayah, Malaysia sebuah negara yang tegas dan tidak akan bersengkongkol dengan mana-mana individu, organisasi, atau negara yang melakukan perbuatan itu," katanya.

-BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: TPM arah Wisma Putra bentang di kabinet penilaian hubungan Malaysia dengan Korea Utara
TPM arah Wisma Putra bentang di kabinet penilaian hubungan Malaysia dengan Korea Utara
https://3.bp.blogspot.com/-vJYgeGwAdJ0/WK_zhkMyT3I/AAAAAAAAC_M/oDRJMGYHie0b9UVTf8Ci3cAOpOAyBEHKACLcB/s640/zahid-raubxx.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-vJYgeGwAdJ0/WK_zhkMyT3I/AAAAAAAAC_M/oDRJMGYHie0b9UVTf8Ci3cAOpOAyBEHKACLcB/s72-c/zahid-raubxx.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tpm-arah-wisma-putra-bentang-di-kabinet.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tpm-arah-wisma-putra-bentang-di-kabinet.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy