Tidak Mudah Godam Kad PayWave, Orang Ramai Tidak Perlu Bimbang - Pakar IT

Dakwaan kononnya data dan maklumat peribadi pemegang kad 'paywave' boleh digodam, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan seperti y...


Dakwaan kononnya data dan maklumat peribadi pemegang kad 'paywave' boleh digodam, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan seperti yang dihebohkan di media sosial.

Perunding Teknologi Maklumat, Mohd Ridzman Azzahari berkata sekalipun tidak menolak kemungkinan itu, namun ia tidaklah semudah seperti yang disangka berdasarkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi kad berkenaan.

"Kad itu telah dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi, termasuk untuk pembayaran secara paywave, yang mana setiap transaksi dibuat adalah unik," katanya.

Mohd Ridzman yang juga Pengarah Urusan Onemyr Awareness, sebuah syarikat perunding berkaitan jenayah siber berkata demikian kepada Bernama sebagai mengulas video berkenaan dakwaan itu yang tular di internet dan media sosial ketika ini.

"Sehingga kini, berdasarkan laporan Bank Negara tiada sebarang aduan dibuat mengenai kecurian menggunakan paywave ini," katanya.

Sementara itu, menurut laman web rasmi Visa, platform Visa payWave adalah berdasarkan teknologi cip EMV yang terjamin dan selamat, yang menyediakan perlindungan data dan keselamatan transaksi menerusi penggunaan kekunci dan teknologi penyulitan terkini.

Menurutnya, transaksi Visa payWave diproses menerusi rangkaian pembayaran yang sama dan boleh dipercayai seperti cip EMV dan transaksi jalur magnetik.

"Kami telah mencipta Visa payWave untuk memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan pemegang kad. Peruncit atau penjual perlu terlebih dahulu memasukkan amaun pembelian bagi kelulusan dan kad anda perlu diletakkan betul-betul dekat dengan pembaca kad (dalam jarak 4 sm) bagi membolehkan transaksi dilakukan.

"Terminal-terminal hanya boleh memproses satu transaksi pembayaran pada satu-satu masa.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Tidak Mudah Godam Kad PayWave, Orang Ramai Tidak Perlu Bimbang - Pakar IT
Tidak Mudah Godam Kad PayWave, Orang Ramai Tidak Perlu Bimbang - Pakar IT
https://3.bp.blogspot.com/-N60zShUoBMo/WKK4h4GAZxI/AAAAAAAACyM/YoHHIvpbU8wMJDQFhGxd3lyHvTAS2oZegCLcB/s400/paywave.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-N60zShUoBMo/WKK4h4GAZxI/AAAAAAAACyM/YoHHIvpbU8wMJDQFhGxd3lyHvTAS2oZegCLcB/s72-c/paywave.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tidak-mudah-godam-kad-paywave-orang.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tidak-mudah-godam-kad-paywave-orang.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy