Tagline Jep Sepahtu Membuatkan Sari Yanti Selesa Cia,Cia,Cia

Pelawak Jep Sepahtu seringkali dilihat bergandingan dengan Sari Yanti dalam sitcom Jawatan Kuasa Kampung Kalut‬ 3 dan juga Sepathu Reunio...


Pelawak Jep Sepahtu seringkali dilihat bergandingan dengan Sari Yanti dalam sitcom Jawatan Kuasa Kampung Kalut‬ 3 dan juga Sepathu Reunion adakah mereka ini berkawan rapat ataupun sedang hangat bercinta.

Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, bagaimanapun, tidak tahu untuk menilai atau pada tahap mana 'persahabatan' terbabit boleh diletakkan berikutan kedua-duanya belum mengisytiharkan apakah ia sekadar sahabat atau lebih daripada itu.

"Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.

"Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. "Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana,"

Terdahulu, Jep memuat naik fotonya bersama Sari Yanti ketika hadir pada sambutan hari lahir aktres itu di Instagram. Ekoran itu, rata-rata pengikut Jep meninggalkan komen merestui perhubungan mereka sekiranya kedua-duanya bercinta.


Menguatkan lagi dakwaan itu, bibit-bibit cinta mereka seolah-olah berputik apabila Sari Yanti memuat naik video beliau sedang memanah dengan kapsyen: "Agak agak hati siapa la yang kakak panah tu? Jaga-jaga sebab kalau kakak panah hati awak, kakak simpan baik-baik dalam hati kakak...Nanti kakak tak pulang balik dah...Hahahahhahaha.... Selamat petang :) - minum apa tu? Kakak minum teh O." Kemudian Jep pula membalas video terbabit dengan sekeping foto menunjukkan tiga anak panah yang dilepaskan Sari Yanti menembusi hatinya.

Sementara itu, Jep berkata beliau enggan melihat kisah mereka diperbesarkan memandangkan keakraban itu masih lagi baharu. Malah, kedua-duanya juga jarang berjumpa kerana komitmen kerja.

Dalam perkembangan lain, Jep kini sibuk dengan rakaman secara langsung Sepahtu Reunion (bagi siaran Astro Warna). Tidak lama lagi, beliau akan tampil pula dengan program bual bicara, Meja Bulat, bersama dua anggota Sepahtu yang lain iaitu Shuib dan Rahim.

Kata Jep, beliau berharap 2017 akan terus menyaksikan kumpulannya itu aktif di bidang seni. "Ramai yang mahu melihat kami menghasilkan sesuatu yang lebih daripada sebelum ini.

Apapun, saya berharap kerjaya Sepahtu masih kekal dengan momentum sebelum ini. "Jangan turun sudahlah, Kami perlu menjaga amanah orang yang mempercayai bakat kami buat industri seni komedi," tuturnya.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Tagline Jep Sepahtu Membuatkan Sari Yanti Selesa Cia,Cia,Cia
Tagline Jep Sepahtu Membuatkan Sari Yanti Selesa Cia,Cia,Cia
https://4.bp.blogspot.com/-4acstWlQqhM/WJRIGO-Zl3I/AAAAAAAAClY/iu_n_ae4j7QmHY2S1bly_XDc7dFjp_2VACLcB/s400/Jawatan%2BKuasa%2BKampung%2BKalut%25E2%2580%25AC%2B3.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-4acstWlQqhM/WJRIGO-Zl3I/AAAAAAAAClY/iu_n_ae4j7QmHY2S1bly_XDc7dFjp_2VACLcB/s72-c/Jawatan%2BKuasa%2BKampung%2BKalut%25E2%2580%25AC%2B3.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tagline-jep-sepahtu-membuatkan-sari.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/tagline-jep-sepahtu-membuatkan-sari.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy