Sotong Pandan Melalak Lagi Dengan Imaginasi Yang Kuat

Terkenal dengan raja pembohong,fitnah dan menghasut.Kini sotong Pandan lagi sekali berimaginasi bahawa minyak akan naik RM 2.70 pada Jun ...


Terkenal dengan raja pembohong,fitnah dan menghasut.Kini sotong Pandan lagi sekali berimaginasi bahawa minyak akan naik RM 2.70 pada Jun ini.

Bagi pengikut setia dan kesayangan ,pawang fitnah ini sudah tentunya akan percaya bulat-bulat dan orang semacam inilah yang terus menerus merosakkan fikiran rakyat sehingga terpedaya dengannya.

“Siap sedia, minyak mungkin naik lagi,” demikian amaran Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia dengan jangkaan beliau kononnya harga petrol RON95 boleh mencapai sehingga RM2.70 seliter pada Jun ini.

Menariknya, Rafizi menyatakan RON95 itu dikatakan boleh mencecah harga tersebut sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan. Agaknya Rafizi terlupa bahawa suatu masa lalu beliaulah yang meminta supaya harga minyak ditentukan mengikut kadar pasaran semasa.

Tetapi beliau kini mahukan semula subsidi diperkenalkan. Lawak apakah ini? Inilah contoh politikus yang tidak mempedulikan kesan kepada rakyat dan negara. Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan menyedihkan apabila ia dimanupulasikan secukup-cukupnya.

Macam cerita cincin, lepas buat semua tuduhan akhirnya bila minta dibuktikan Rafizi kata ianya hanya cerita lawak semata mata. Ramai juga yang sudah kena tipu dengan Rafizi

Rakyat diberikan harapan palsu, seolah-olah di bawah pakatan harapan, harga minyak akan turun. Hakikatnya harga minyak di pasaran masih belum stabil, hari naik, semalam turun.

Malahan andaian yang dibuat oleh Rafizi selama ini adalah berdasarkan persepsi semata-mata.

Banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan kenaikan harga minyak di pasaran. Menurut Reuters, peningkatan minyak ketika ini adalah disebabkan kebimbangan sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang akan terus menjejaskan bekalan minyak mentah, tetapi pasaran menunjukkan tanda-tanda AS akan meningkatkan pengeluaran.

Rakyat tidak sepatutnya berasa bimbang sekiranya harga minyak mentah di pasaran meningkat kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai kaedah tersendiri bagi membantu rakyat sekiranya harga minyak di pasaran dunia melambung tinggi.

Bantuan masih boleh disalurkan oleh kerajaan kerana subsidii-subsidi bersasar termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), insentif nelayan dan pekebun kecil, bantuan persekolahan, kesihatan dan banyak lagi belum dimansuhkan.

Dengan tahun ini dianggap sebagai tahun pilihan raya umum, maka bersiap sedialah kita untuk mendengar lebih banyak lagi cerita karut daripada pembangkang dengan banyak janji-janji manis akan ditaburkan kepada rakyat demi menarik sokongan pengundi.

Jangan mudah tertipu dengan cerita Rafizi ini. Tujuan dia hanya satu iaitu untuk menipu dan membuat rakyat rasa marah. Kalau percaya dan marah maka senyumlah Rafizi kerana racun persepsinya berjaya.

“Tora Datang Lagi” itulah iklan kanak kanak lihat di televisyen tentang satu kotak permainan yang menjanjikan ada mainan hebat dalam kotak itu. Kadang kadang yang mainan yang dapat tidak seindah iklan yang dilihat.

Itu kotak Tora, tetapi ini “Rafizi Datang Lagi”. Dalam kotak Tora ada jugak mainan, janji Rafizi lebih teruk lagi. Dalam kotak “Rafizi Datang Lagi” itu apa pun tiada. Hanya fantasi persepsi semata mata. Oleh itu, jangan mudah tertipu.

-Beruang Biru

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Sotong Pandan Melalak Lagi Dengan Imaginasi Yang Kuat
Sotong Pandan Melalak Lagi Dengan Imaginasi Yang Kuat
https://1.bp.blogspot.com/-ycVpCbqvp2A/WJl6jJBEw1I/AAAAAAAACq4/x9hSlsTrjIYh-mCBQX6Tx3GaLX936t_MACLcB/s400/rafizi.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ycVpCbqvp2A/WJl6jJBEw1I/AAAAAAAACq4/x9hSlsTrjIYh-mCBQX6Tx3GaLX936t_MACLcB/s72-c/rafizi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/sotong-pandan-melalak-lagi-dengan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/sotong-pandan-melalak-lagi-dengan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy