Siasatan Kes Bunuh Jong-Nam, Malaysia Tiada Agenda

22 FEB : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda dalam usaha menyia...


22 FEB : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda dalam usaha menyiasat kes pembunuhan abang kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam.

Tindakan propaganda yang ditimbulkan seolah Malaysia dan pihak lain mempunyai agenda tersembunyi tidak timbul kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak profesional dan Korea Utara digesa menghormati undang-undang negara.

“Kita tidak ada sebarang agenda terhadap mana-mana negara atau warganegara termasuk negara jiran. Kita serahkan kepada polis jika bukti diperolehi mengikut asas perundangan yang kukuh, maka mereka yang disoal siasatan akan dibawa ke mahkamah dan proses undang-undang akan berjalan,

Mahkamah akan buktikan kesahihan itu dan jika bukti tidak menuju kepada hukuman, tiada yang perlu dikhuatirkan. Mana-mana warganegara perlu menghormati undang negara lain.

“Pihak PDRM bertindak profesional, mereka telah mencari segala bukti,” kata Dr Ahmad Zahid dalam satu sidang media ketika rangka lawatannya di Bandung, Indonesia pada Rabu.

Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, PDRM kini telah meminta kerjasama dengan Interpol untuk mencari rangkaian kepada dalang di belakang kes pembunuhan tersebut.

“Bukti bedah siasat yang dilakukan dan kesemua dapatan yang diperolehi daripada hasil bedah siasat serta bahan kimia yang digunakan dalam usaha melakukan permbunuhan itu semuanya kita serahkan kepada pihak pakar perubatan dan pakar siasatan (untuk menentukannya).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM tiada kerjasama langsung dari pihak kedutaan Korea Utara dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Khalid juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara itu.

Beliau berkata polis telah memanggil ketiga-tiga suspek tersebut yang dipercayai masih lagi berada di Malaysia menerusi Kedutaan Korea Utara.

Salah seorang suspek, Hyon Kwang Song merupakan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia.

Hyom Kwang Song, 44, berkhidmat sebagai setiausaha kedua dan tiba di Malaysia pada 20 September 2016.

Manakala seorang kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara pula dikenali sebagai Kim Uk Il, 37, dan tiba di Malaysia sejak 29 Januari lalu.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Siasatan Kes Bunuh Jong-Nam, Malaysia Tiada Agenda
Siasatan Kes Bunuh Jong-Nam, Malaysia Tiada Agenda
https://4.bp.blogspot.com/-gDM1t5cpKoQ/WK1RaPO1E5I/AAAAAAAAC7w/4KPN6P9JzSsilTcdn3KMUME0cDyoKnNqQCLcB/s400/tpm%2Bbandung.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-gDM1t5cpKoQ/WK1RaPO1E5I/AAAAAAAAC7w/4KPN6P9JzSsilTcdn3KMUME0cDyoKnNqQCLcB/s72-c/tpm%2Bbandung.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/siasatan-kes-bunuh-jong-nam-malaysia.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/siasatan-kes-bunuh-jong-nam-malaysia.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy