Selesai Kes Jong-Nam Di Mahkamah Baru Maklumat Boleh Di Kongsikan - TPM

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,Malaysia hanya sedia berkongsi maklumat berhubung kes pembunuhan abang ...


Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,Malaysia hanya sedia berkongsi maklumat berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara,Kim Jong-Nam dengan badan perisikan antarabangsa selepas kes diselesaikan di Mahkamah.

Zahid Hamidi berkata,perkongsian maklumat secara perjanjian perundangan bersama (MLA) membabitkan empat aspek iaitu DNA,forensik,laporan kimia dan rakaman litar tertutup (CCTV).

“Keempat-empat aspek ini boleh dikongsi dengan badan perisikan antarabangsa dan boleh diguna pakai oleh badan di bawah PBB setelah pihak PDRM menyelesaikan siasatan dan siasatan itu mesti konklusif yang melibatkan bukan hanya pihak PDRM tetapi juga Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia serta Jabatan Penerbangan Awam MAHB yang mempunyai resolusi tinggi bagi rakaman insiden berkenaan,” katanya.

Semalam, Duta Britain, Matthew Rycroft dilaporkan berkata, maklumat mengenai serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu yang menyebabkan Jong-nam terbunuh seharusnya dihantar kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di Hague.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata siasatan awal PDRM mendapati, pihak yang disyaki melakukan pembunuhan terancang itu memulakan operasi dua bulan sebelum kejadian berlaku.

Beliau berkata, PDRM mengambil tindakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan berjaya mengesan suspek pertama dalam tempoh kurang 24 jam, manakala suspek kedua kurang 48 jam.

Mengulas sama ada kes pembunuhan itu menjejaskan nama baik Malaysia, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak bimbang mengenai perkara itu kerana Malaysia tidak mempunyai agenda tersembunyi, bersekongkol dengan negara lain atau melindungi penjenayah.

“Saya tidak gusar kerana nama negara kita tidak terjejas, nama baik kita diburukkan oleh negara yang mungkin melakukan perkara itu melalui ejen mereka yang akhirnya dengan sistem propaganda mereka menuduh kita bersekongkol dengan negara lain,” katanya.

Ujar Zahid Hamidi, pihak Korea Utara perlu menghormati sistem dan perundangan negara ini seperti mana yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Selesai Kes Jong-Nam Di Mahkamah Baru Maklumat Boleh Di Kongsikan - TPM
Selesai Kes Jong-Nam Di Mahkamah Baru Maklumat Boleh Di Kongsikan - TPM
https://3.bp.blogspot.com/-Lm1AECOPBXE/WLZaJKRR7qI/AAAAAAAADHY/RS7otDFtSnYE-p1MDknVyv3DxXmWNe28gCLcB/s400/zahidhamidi.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Lm1AECOPBXE/WLZaJKRR7qI/AAAAAAAADHY/RS7otDFtSnYE-p1MDknVyv3DxXmWNe28gCLcB/s72-c/zahidhamidi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/selesai-kes-jong-nam-di-mahkamah-baru.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/selesai-kes-jong-nam-di-mahkamah-baru.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy