Rejim DAP Pulau Pinang Berbohong Lagi,Penduduk Pulau Pinang Bayar Lebih Banyak Cukai

Rakyat Pulau Pinang telah diperbodohkan oleh rejim Dap Pulau Pinang yang kononnya mereka sangat prihatin kepada nasib dan rakyat Pulau Pinan...

Rakyat Pulau Pinang telah diperbodohkan oleh rejim Dap Pulau Pinang yang kononnya mereka sangat prihatin kepada nasib dan rakyat Pulau Pinang.

Sampai bilakah rakyat Pulau Pinang nak sedar dengan pembohongan oleh rejim Dap ini,malah setiap walauta oleh tokong Dap yang memerintah Pulau Pinang seolah disokong oleh rakyat.Tidak ada bantahan ataupun tentangan.Seronoknya rejim Dap apabila apa yang dibuat telah mendapat sokongan oleh rakyat.

Ini fakta...kerajaan persekutuan mengenakan cukai Gst 6% melompat,melenting bak tersampuk  syaitan,tetapi kerajaan negeri mengenakan cukai yang tinggi...tunduk diam membisu.

Mari kita sama-sama tengok bagaimana tokong rejim Dap memperbodohkan rakyat Pulau Pinang.


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mencanangkan kononnya menyerap cukai pintu untuk semua pemilik harta serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban rakyat kini dipersoal dan menjadi pertikaian.

Perkara itu berikutan pendedahan Kerajaan DAP Pulau Pinang terlebih dahulu menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40, tiga bulan sebelum pelaksanaan GST.

Pengendali laman blog LSS Report, Lim Sian See mendakwa, penduduk negeri itu pada 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80.

Bagaimanapun pada 2015, katanya, iaitu tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, cukai pintu itu dinaikkan kepada RM667.20 iaitu bayaran sama yang perlu dibayar penduduk untuk 2016.

Beliau mendakwa, meskipun selepas pengumuman pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua hartanah seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, penduduk masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu lebih tinggi daripada cukai pada 2014.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan kadar cukai pintu sebanyak RM83.40 yang tiada kena-mengena dengan GST dan kemudiannya memberi pengurangan sebanyak RM39.60.

“Tetapi hakikatnya penduduk masih perlu membayar sebanyak 7.5 peratus lebih tinggi daripada cukai pintu asal mereka seperti pada 2014.

“Cukai pintu adalah sepenuhnya dikecualikan GST, ini bermakna sebarang kenaikan cukai itu adalah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Menerusi laman sosial itu juga, Sian See turut memuat naik resit cukai pintu kediaman di Seberang Jaya di sini yang me­nunjukkan perbezaan jelas harga yang perlu dibayar penduduk dalam tempoh empat tahun bermula 2014 hingga tahun ini.

Guan Eng sebelum ini me­ngumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah selain rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung termasuk hartanah komersial bagi tahun ini. - penangkini

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Rejim DAP Pulau Pinang Berbohong Lagi,Penduduk Pulau Pinang Bayar Lebih Banyak Cukai
Rejim DAP Pulau Pinang Berbohong Lagi,Penduduk Pulau Pinang Bayar Lebih Banyak Cukai
https://3.bp.blogspot.com/-Ce1hCmHfbL8/WKuqvCfZVjI/AAAAAAAAC04/aZ-xIIOTQsw5tnbcWfwzxfmOdd4DtuSiQCLcB/s400/pk1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Ce1hCmHfbL8/WKuqvCfZVjI/AAAAAAAAC04/aZ-xIIOTQsw5tnbcWfwzxfmOdd4DtuSiQCLcB/s72-c/pk1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/rejim-dap-pulau-pinang-berbohong.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/rejim-dap-pulau-pinang-berbohong.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy