Raheem Sterling Berbelanja RM17.3 Juta Untuk Rumah Baharu

Bekas pemain bola sepak Liverpool Raheem Sterling yang telah berhijrah ke Manchester City kini sudah berbangga dengan rumah agam yang bah...


Bekas pemain bola sepak Liverpool Raheem Sterling yang telah berhijrah ke Manchester City kini sudah berbangga dengan rumah agam yang baharu dibelinya pada harga 3.1 juta pound (RM17.3 juta).

Bermula dengan tinggal di rumah lama yang kemudiannya dijual pada harga 500,000 pound (RM2.78 juta).

Tersergam sebagai antara rumah paling cantik di kawasan pedalaman Cheshire dekat Crewe, kediaman terbaharu itu terletak berdekatan dengan rumah bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Sterling membina rumah agam tersebut tidak lama selepas dia berhijrah dari Liverpool ke City dengan membabitkan yuran perpindahan berjumlah 49 juta pound (RM273 juta).

Pemilihan lokasi rumah agam tersebut dibuat kerana tidak jauh dengan pusat latihan City sekali gus memudahkannya untuk sampai mengikut masa.

Tinggal bersama dengan teman wanitanya Paige Milian dan sepasang cahaya mata, Thiago, 2 bulan dan anak perempuannya, Melody Clarke, 5, hasil hubungan dengan teman wanita terdahulu, Sterling begitu mengutamakan privasi dalam membina rumah agam tersebut terutama untuk memberi keselesaan dalam membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil.



Bagi tujuan itu, dia melabur banyak wang untuk mencantikkan rumahnya agar nampak mewah dan menarik.

Seorang agen hartanah yang telah memasuki rumah agam tersebut menyifatkan kediaman milik pemain bola sepak itu amat unik dan penuh karakter.

“Hartanah yang luar biasa ini menjanjikan satu kediaman yang sempurna bagi sebuah keluarga yang bertuah. Cukup menarik kerana memiliki gaya serba mo­den dan mempunyai reka bentuk yang memukau.

“Kelengkapan hiasan dalamannya berkualiti tinggi selain menawarkan spesifikasi pembuatan yang terkini dan dilengkapi pintu pagar elektrik yang memiliki ciri-ciri keselamatan terbaik dan menawarkan kehidupan penuh privasi,” katanya.



Bahagian dalaman juga mempamerkan cita rasa tinggi manakala susun aturnya juga menarik dengan sebahagiannya menggunakan kertas dinding bercorak pelbagai haiwan selain ada ruang menggunting rambut khas dan bilik yang bertemakan pe­nyanyi pop terkenal, mendiang Michael Jackson.

Bilik tidur utama pula dihiasi dengan corak kuda belang manakala warna hitam putih digunakan di kebanyakan tempat termasuk dapur.

Di luar rumah pula, terdapat gelanggang bola keranjang separa selain taman berkonsepkan citarasa Jepun dengan dilengkapi jambatan dan air pancut yang menarik.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Raheem Sterling Berbelanja RM17.3 Juta Untuk Rumah Baharu
Raheem Sterling Berbelanja RM17.3 Juta Untuk Rumah Baharu
https://3.bp.blogspot.com/-RmuxJeLRCsY/WJQHJBGmOAI/AAAAAAAACkE/iqI17L5swLAqrGmDlj8sLNPbf0v31CT_gCLcB/s400/Raheem-main.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-RmuxJeLRCsY/WJQHJBGmOAI/AAAAAAAACkE/iqI17L5swLAqrGmDlj8sLNPbf0v31CT_gCLcB/s72-c/Raheem-main.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/raheem-sterling-berbelanja-rm173-juta.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/raheem-sterling-berbelanja-rm173-juta.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy