Qatar Beri Dana Khas Bantu Pelarian Rohingya Di Malaysia

Qatar kini antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan proje...


Qatar kini antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata

Qatar bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membiayai usaha membantu rakyat Rohingya yang berada di Malaysia.

Melalui kerjasama itu, katanya, Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata dana tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

"Persetujuan menyalurkan dana ini adalah respons positif Qatar terhadap usaha berterusan Malaysia menangani isu-isu mengenai Rohingya," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, malam tadi.

Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) diberi tanggungjawab sebagai penyelaras projek bantuan itu bersama-sama beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurutnya, komitmen Qatar itu diperolehi hasil daripada beberapa siri perjumpaan beliau dengan pucuk pimpinan negara itu.

Katanya, selepas tamat latihan separa mahir dan mahir, pelarian berkenaan diberi peluang bekerja di sektor perkilangan dan perladangan di Malaysia untuk tempoh masa tertentu sementara menunggu konflik di kampung halaman mereka selesai.

Menurutnya, Qatar juga meminta supaya jalinan kerjasama dibuat dengan beberapa NGO yang dikendalikan oleh rakyat Myanmar di Malaysia dalam menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah dan sekolah rendah untuk anak-anak Rohingya.

"Perjalanan sekolah ini hendaklah mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama," katanya.

Selain itu, katanya, Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik.

Menurutnya, QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.

Malaysia selama ini menjuarai usaha membantu nasib minoriti rakyat Rohingya di Myanmar daripada terus menjadi mangsa diskriminasi oleh kerajaan negara itu.

Terbaru, Malaysia menganjurkan misi menghantar Flotila bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar oleh lebih 25 NGO Malaysia dan antarabangsa.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Qatar Beri Dana Khas Bantu Pelarian Rohingya Di Malaysia
Qatar Beri Dana Khas Bantu Pelarian Rohingya Di Malaysia
https://4.bp.blogspot.com/-PJIg8tfwAIw/WJlTQQzsAHI/AAAAAAAACqY/OBvoip6179QE_VPsiP-BPO1v0k-_BtBhgCLcB/s400/ZAHID.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-PJIg8tfwAIw/WJlTQQzsAHI/AAAAAAAACqY/OBvoip6179QE_VPsiP-BPO1v0k-_BtBhgCLcB/s72-c/ZAHID.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/qatar-beri-dana-khas-bantu-pelarian.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/qatar-beri-dana-khas-bantu-pelarian.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy