Polis Siasat MAHB Penyebaran Video Jong-nam

22 FEB: Polis diarahkan melakukan siasatan ke atas Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) berhubung penyebaran video rakaman pembunuhan abang ...

22 FEB: Polis diarahkan melakukan siasatan ke atas Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) berhubung penyebaran video rakaman pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam, oleh media asing baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sebarang pengawasan dan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) adalah di bawah pengurusan dan tanggungjawab Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).


“Saya menegaskan bahawa PDRM tidak terbabit dalam penyebaran video terbabit kerana pengurusan KLIA2 adalah di bawah MAHB.

“Pihak polis akan menyiasat siapa yang edar rakaman litar tertutup (CCTV) berkenaan kerana yang menguruskan lapangan terbang adalah MAHB dan polis bantuan,” katanya pada sidang media dalam Majlis serah tugas Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) hari ini.

Mengenai laporan menyatakan anak sulung Kim Jong-nam, Kim Han-sol, hadir menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan mengecam jasad bapanya di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam, Nur Jazlan berkata: “Selepas pihak polis mengenal pasti punca dan sebab kematian barulah kita maklumkan kepada semua pihak yang terbabit dalam kes ini termasuk Kementerian Luar, INTERPOL serta mana-mana negara yang terbabit.”

Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Polis Siasat MAHB Penyebaran Video Jong-nam
Polis Siasat MAHB Penyebaran Video Jong-nam
https://1.bp.blogspot.com/-dzlzNgUzWXE/WK1TIIMlooI/AAAAAAAAC78/UQdJcpY6Z6kw8Gsb8Cn3m4z_N52xDoOAwCLcB/s400/detik-dibunuh-Jong-nam-new.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-dzlzNgUzWXE/WK1TIIMlooI/AAAAAAAAC78/UQdJcpY6Z6kw8Gsb8Cn3m4z_N52xDoOAwCLcB/s72-c/detik-dibunuh-Jong-nam-new.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/polis-siasat-mahb-penyebaran-video-jong.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/polis-siasat-mahb-penyebaran-video-jong.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy