Polis Cari Wanita Mencurigakan

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan m...


KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan mencurigakan malam tadi.

Wanita itu dilihat berlegar-legar di kawasan perkarangan Ins­titut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan anggota keselamatan HKL yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan telah membuat laporan polis pada 9.56 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd. Sukri Kaman dalam satu kenyataan berkata, laporan mengenai wanita itu dibuat bersekali dengan lelaki warga Korea Selatan yang turut berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

“Polis telah menahan dan merakam percakapan lelaki itu yang merupakan wartawan Korea Broadcasting System (KBS) dan mempunyai pas media sah,” katanya.

Lelaki itu dilepaskan setelah percakapannya dirakam manakala polis masih mengesan wanita berkenaan, bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan itu.

Jurukamera KBS itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi.

Mohd. Sukri berkata, ekoran kejadian itu, kawalan keselamatan di IPFN dipertingkatkan dengan menempatkan anggota Stafoc.

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak minggu lepas bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya diserkup kain dipercayai mengandungi cecair beracun pada 13 Februari lepas.



-sumber-BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Polis Cari Wanita Mencurigakan
Polis Cari Wanita Mencurigakan
https://1.bp.blogspot.com/-5JzfRHgsDnE/WKz3uT9jHoI/AAAAAAAAC3A/ISJ0g4wlD7whdR9-Rsa_nCgl_BGbM8R_QCLcB/s400/21stab1_transformed.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-5JzfRHgsDnE/WKz3uT9jHoI/AAAAAAAAC3A/ISJ0g4wlD7whdR9-Rsa_nCgl_BGbM8R_QCLcB/s72-c/21stab1_transformed.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/polis-cari-wanita-mencurigakan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/polis-cari-wanita-mencurigakan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy