Pesakit Kelas 3 Masih Diberi Subsidi Tinggi - KKM

Rakyat Malaysia akan terus menerima  perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Ke...


Rakyat Malaysia akan terus menerima  perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi bagi pesakit dalam Kelas 3.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan)  1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016.

“Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982.

“Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi  seperti sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan mengenai mesej yang tersebar berkaitan kenaikan caj pergigian yang tersebar di media sosial.

“Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada
rakyat.

“Namun begitu, Kerajaan terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian),” tambahnya.

Tegasnya, kementerian Kesihatan Malaysia ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang  berpendapatan rendah.

Kerajaan akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang mereka terima sebelum ini.

Presiden Persatuan Pergigian Swasta Malaysia, Dr. V. Nedunchelian berkata, meskipun anjakan kenaikan dari segi peratusan nampak tinggi tetapi ia tidak boleh dijadikan pengukur memandangkan kos pembelian bahan-bahan dan peralatan rawatan pergigian melonjak.

Menurutnya, selain sarung tangan getah yang boleh dibeli di Malaysia, bahan-bahan dan peralatan bagi rawatan pergigian perlu diimport.

Malah, keperluan barangan tertentu seperti mesin penyahkuman yang diwajibkan di setiap klinik pergigian turut menambah kos rawatan tersebut.

Jelasnya, jika overhead di klinik pergigian di klinik swasta semakin tinggi, sudah tentu kerajaan juga menanggung kos yang sama, apatah lagi jumlah pesakit di hospital dan klinik kerajaan sangat tinggi.

“Keseluruhannya memang kos rawatan gigi semakin meningkat dan caj yang dikenakan oleh hospital kerajaan memang sangat, sangat berpatutan. Caj RM1 untuk cabut gigi ini saya nikmati semasa saya sekolah rendah, sampai sekarang.

“Sedangkan dulu air kita beli dalam lima sen, sekarang naik sehingga RM1 atau RM2, harga ikan kembung pun sudah naik sehingga lebih RM10 sekilogram dan harga kobis yang dulu hanya berapa sen sahaja pun sudah RM6 sekilogram. Ini pula caj rawatan gigi yang menggunakan material yang mahal,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau mengulas mengenai caj harga baru bagi rawatan pergigian baru oleh Kementerian Kesihatan yang menyaksikan kos cabutan gigi dinaikkan dari RM1 kepada RM15 manakala caj cuci gigi meningkat dari RM 2 kepada RM55 dan tampalan dari RM2 kepada RM25.

Tambah Dr. Nedu, jika hospital atau klinik kerajaan mengenakan caj baru sebanyak RM15 untuk cabut gigi, di klinik swasta pula kos yang dikenakan lebih mahal dan mengikut jenis gigi.

Contohnya, gigi hadapan dari RM90 ke atas dan geraham antara RM140 hingga RM150 manakala gigi bongsu atas RM600 dan bongsu bawah antara RM600 sehingga RM1,000.

Caj tampal gigi pula dari RM90 ke atas.

Kos cuci gigi tampal gigi pula antara RM150 hingga RM200 lebih, cuma di luar bandar caj yang dikenakan lebih rendah antara RM60 hingga RM80.

Dr. Nedu berkata, disebabkan kos rawatan pergigian di hospital dan klinik kerajaan jauh lebih murah menyebabkan golongan kaya juga mendapatkan perkhidmatan itu di sana.

Beliau mengakui rakyat di negara ini beruntung kerana kerajaan masih menanggung sejumlah besar subsidi bagi perkhidmatan, rawatan dan perubatan.

“Jika dibandingkan sahaja rawatan di klinik gigi swasta dan kerajaan, rakyat boleh melihat betapa jauhnya jurang kos yang perlu ditanggung.

“Ini belum lagi dengan jumlah pesakit yang semakin ramai mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan. Kadangkala kita perlu mempunyai sikap rasional dalam menghadapi isu kenaikan,” tambahnya.

-nasionalkini

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Pesakit Kelas 3 Masih Diberi Subsidi Tinggi - KKM
Pesakit Kelas 3 Masih Diberi Subsidi Tinggi - KKM
https://3.bp.blogspot.com/-Fswbr5Jx6ww/WJLzUFjBgbI/AAAAAAAACjg/gmHInJIw2_0nbNB-cy2nwdCCMcOlhx9hgCLcB/s400/gg.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Fswbr5Jx6ww/WJLzUFjBgbI/AAAAAAAACjg/gmHInJIw2_0nbNB-cy2nwdCCMcOlhx9hgCLcB/s72-c/gg.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/pesakit-kelas-3-masih-diberi-subsidi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/pesakit-kelas-3-masih-diberi-subsidi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy