Pelakon Watak Kapten Apollo Meninggal Dunia

Pelakon Richard­ Hatch yang terkenal menerusi watak Kapten Apollo dalam siri televisyen popular sekitar 1978, Battlestar Galactica mening...


Pelakon Richard­ Hatch yang terkenal menerusi watak Kapten Apollo dalam siri televisyen popular sekitar 1978, Battlestar Galactica meninggal dunia selepas sekian lama ‘bertarung’ dengan kanser pankreas.

Berita menyedihkan itu dimaklumkan oleh ahli keluarga­nya melalui portal TMZ semalam.

Hatch, 71, memulakan karier sebagai pelakon selepas membintangi drama All My Children seawal 1970 dan diberi watak utama dalam siri tersebut pada 1978 yang disiarkan selama satu musim selain turut dicalonkan untuk anugerah Golden Globe.

Sepanjang karier, Hatch amat setia dengan drama siri itu dan telah menulis tiga buah novel tentang siri berkenaan berdasarkan siri asalnya.

Pelakon itu pernah memberi­tahu THR.com bahawa siri tersebut merupakan batu loncatan kerana diberi peluang menghidupkan fantasi dan impian semasa kanak-kanak.

Selepas siri tersebut, Hatch membintangi siri popular lain seperti The Love Boat, Baywatch, Dynasty dan Santa Barbara.

Pada 2004, pelakon itu mene­rima watak sebagai Tom Zarek melalui siri yang berdasarkan Battlestar Galactica dan disiarkan selama empat musim menerusi Syfy Channel.

Hatch dikatakan ‘gila bekerja’ dan muncul dalam Dragon-Con di Atlanta pada September tahun lalu untuk membicarakan tentang filem sains fiksyen terbaharunya, Diminuendo.

Dalam pada itu, pelakon Dick Benedict, 71, yang melakonkan watak Leftenan Starbuck memuat naik status ‘sangat sedih’ menerusi Twitter miliknya.

Pelakon Star Trek, George Takei pula memuat naik gambar Hatch dengan kata-kata: “Bersemadilah bersama-sama bintang di galaksi.”

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Pelakon Watak Kapten Apollo Meninggal Dunia
Pelakon Watak Kapten Apollo Meninggal Dunia
https://1.bp.blogspot.com/-1h3lnb0Ljso/WKUc7h6Q31I/AAAAAAAAC0A/N2LlaNnQxaIe0RI7andOzf2VqJOyB6NMwCLcB/s400/richard-hatch-dead-obit-battlestar-galactica.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-1h3lnb0Ljso/WKUc7h6Q31I/AAAAAAAAC0A/N2LlaNnQxaIe0RI7andOzf2VqJOyB6NMwCLcB/s72-c/richard-hatch-dead-obit-battlestar-galactica.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/pelakon-watak-kapten-apollo-meninggal.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/pelakon-watak-kapten-apollo-meninggal.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy