Nokia 3310, 'telefon yang paling dipercayai di dunia', yang akan dilancarkan semula pada MWC 2017

Syarikat pengeluar telefon bimbit jenis Nokia, HMD Global merancang untuk menghasilkan semula satu daripada produk yang paling popular, N...


Syarikat pengeluar telefon bimbit jenis Nokia, HMD Global merancang untuk menghasilkan semula satu daripada produk yang paling popular, Nokia 3310 pada tahun ini.

Nokia 3310 yang kali pertama dikeluarkan pada tahun 2000, membantu syarikat Finland itu mencipta reputasi sebagai pengeluar telefon bimbit paling laris di dunia sebelum peralihan teknologi kepada telefon pintar.

Selain itu, telefon bimbit tersebut juga dikenali dengan tahap ketahanan bateri yang lama, mudah digunakan serta tahan lasak.

Syarikat HMD Global merancang untuk menjual produk Nokia 3310 dengan harga 59 euro (RM278) dan butiran terperinci tentang telefon tersebut akan didedahkan pada Kongres Telefon Sedunia (MWC) yang diadakan pada 27 Februari sehingga 2 Mac.

Berdasarkan rekod, Nokia 3310 telah dijual di seluruh dunia sebanyak 126 unit tetapi rekod jualan paling tinggi dicatat oleh Nokia 1100 dan Nokia 110 yang mencatat jumlah jualan melebihi 250 juta unit.

Selain Nokia 3310 dan Nokia 6, HMD Global dijangka akan turut melancarkan dua lagi model telefon pintar, iaitu Nokia 5 dan Nokia 3. Dilihat dari nombornya, kedua-dua peranti ini akan memiliki spesifikasi lebih rendah dari Nokia 6, yang memiliki pemproses Snapdragon 430, 4GB RAM, 64GB Storan, skrin 5.5-inci HD Penuh dan 16MP kamera belakang.

Nokia 5 dijangka akan dikuasakan pemproses Snapdragon 430, bersama 2GB RAM, skrin 5.2-inci dan kamera belakang 12MP. Harganya pula sekitar EUR199 (~RM936). Tiada maklumat tentang spesifikasi Nokia 3, tetapi harganya dikhabarkan pada EUR149 (~RM701).

HMD Global dilihat sangat aktif mengembalikan Nokia ke arena telefon pintar. Apakah telefon Nokia yang paling anda mahu tahu? Pasukan TheSkop akan terbang ke MWC 2017 dan akan mencuba yang terbaik untuk mendapatkan jawapan untuk anda.

-nasionalkini

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Nokia 3310, 'telefon yang paling dipercayai di dunia', yang akan dilancarkan semula pada MWC 2017
Nokia 3310, 'telefon yang paling dipercayai di dunia', yang akan dilancarkan semula pada MWC 2017
https://3.bp.blogspot.com/-dU4eDROlxlI/WK5fetNFUQI/AAAAAAAAC8g/a9tzaJmL3fE_K5OVzvwV_TAB7nHwBd9UwCLcB/s640/Nokia-3310-biru-dijangka-muncul-di-MWC-2017-780x439.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-dU4eDROlxlI/WK5fetNFUQI/AAAAAAAAC8g/a9tzaJmL3fE_K5OVzvwV_TAB7nHwBd9UwCLcB/s72-c/Nokia-3310-biru-dijangka-muncul-di-MWC-2017-780x439.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/nokia-3310-telefon-yang-paling.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/nokia-3310-telefon-yang-paling.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy