Mungkinkah Dinasti Lim Bakal Berakhir Dalam DAP?

Sejak dari awal penubuhan DAP pada tahun 1966, hanya keluarga Lim sahaja yang menguasai tampuk pentadbiran parti ini tanpa mampu dicabar ...


Sejak dari awal penubuhan DAP pada tahun 1966, hanya keluarga Lim sahaja yang menguasai tampuk pentadbiran parti ini tanpa mampu dicabar oleh mana-mana ahli DAP. Paling hampirpun adalah keluarga Mediang Karpal Singh yang dilihat sebagai sekutu ampuh DAP sejak lebih 5 dekad yang lalu.

Boleh dikatakan, DAP adalah mirip PAP di mana parti pemerintah Singapura berkenaan secara dasarnya dikuasai oleh keluarga Lee setelah pengasasnya, Lee Kuan Yew bertindak membawa keluar Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

Selama lebih 5 dekad itulah, keluarga Lim langsung tidak dicabar oleh mana-mana pihak sehinggalah baru-baru ini, sudah ada bibit-bibit kebosanan ditunjukkan oleh ahli DAP sendiri setelah melihat cara pemerintahan Lim Kit Siang selaku Setiausaha Agung DAP menampakkan cara autokratik dan diktatornya sendiri.

Selama berdekad-dekad, musuh utama DAP adalah Tun Dr Mahathir yang bertanggungjawab memenjarakan Kit Siang sebanyak dua kali atas alasan politik. Begitu juga nasib yang menimpa Lim Guan Eng yang turut terpaksa merengkok dua kali atas alasan yang sama. Namun kini, atas dasar kuasa, kedua-dua individu ini sanggup meruntuhkan ego menjalinkan kerjasama dengan Mahathir.

Melihat akan perkara ini, akhirnya seorang Ahli Parlimen dan tiga orang ADUN DAP bertindak meninggalkan parti atas alasan tidak boleh menerima hubungan akrab Kit Siang – Mahathir. Malah diberitakan, semakin ramai pemimpin muda DAP diramal meletak jawatan dan keluar dari parti.


Menariknya, bagi kalangan pentaksub dan penyokong Mahathir, mereka melihat tindakan ahli-ahli DAP yang meninggalkan parti ini seperti satu pengkhianatan. Malah, ada dikalangan pentaksub Mahathir tertanya-tanya, berapa lama mereka mampu bertahan dengan pelbagai penghinaan yang diterima oleh ahli DAP yang nyata kurang senang dengan kerjasama antara kedua-dua pemimpin vateran ini.

Lebih memburukkan keadaan, Lim Guan Eng turut berhadapan dengan sebutan semula kes rasuah yang dilakukannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Mac nanti. Situasi ini menjadikan pemimpin lain di dalam DAP kelihatan mencari alternatif lain bagi mengenepikan dinasti Lim dari DAP.

Jika selama ini, DAP boleh berbangga apabila menjadi ketua bagi Pakatan Harapan, perkhabaran terbaru dari pakatan pembangkang ini menampakkan satu lagi berita buruk bakal menimpa dinasti Lim. Dikhabarkan, ada dikalangan pemimpin-pemimpin PKR dan PAN juga mula tertanya-tanya selama mana mereka boleh patuh dan akur dengan dinasti Lim yang berlagak mendominasi pakatan pembangkang.

Hari ini, Lim Kit Siang telah menumpahkan hampir seluruh hidupnya untuk menjadikan DAP seperti milik keluarganya sahaja. Pada usia 75 tahun, tidak banyak lagi yang mampu dilakukan oleh Kit Siang bagi membolehkan anaknya, Lim Guan Eng menggantikan tempatnya memandangkan begitu banyak faktor yang boleh menggagalkan rancangannya.

Justeru, boleh dikatakan, zaman kegemilangan Dinasti Lim yang mendominasi pembangkang sejak sekian lama, semakin hari semakin terhakis.

Lim Kit Siang tidak mungkin dapat menongkat langit untuk memastikan apa yang dirancangnya berjaya. Lim Guan Eng juga tidak mungkin menjadi Lee Hsien Loong di Singapura memandangkan kebencian terhadapnya dari dalam DAP juga semakin hari semakin membiak.

Petanda awal yang menampakkan DAP mungkin mampu menjadi pencabar hebat pada PRU ke 14 nanti mungkin tidak akan mampu jadi kenyataan.
Andai DAP sendiri berhadapan dengan krisis kepercayaan, pastinya tiga lagi rakan pembangkang yang ada dalam Pakatan Harapan, turut akan menerima kesannya yang tersendiri dan mungkin juga mereka akan terkubur disebalik impian dan mimpi indah mereka.
-blusamurai

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Mungkinkah Dinasti Lim Bakal Berakhir Dalam DAP?
Mungkinkah Dinasti Lim Bakal Berakhir Dalam DAP?
https://3.bp.blogspot.com/-QlJ0nqBSSnk/WK0D_VNhWxI/AAAAAAAAC4Q/ftxrnw2MzmUbWQzHLeqe2aIDO7aqDCwsQCLcB/s400/Lim%2BKit%2BSiang%2B%2BLim%2BGuan%2BEng.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-QlJ0nqBSSnk/WK0D_VNhWxI/AAAAAAAAC4Q/ftxrnw2MzmUbWQzHLeqe2aIDO7aqDCwsQCLcB/s72-c/Lim%2BKit%2BSiang%2B%2BLim%2BGuan%2BEng.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/mungkinkah-dinasti-lim-bakal-berakhir.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/mungkinkah-dinasti-lim-bakal-berakhir.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy