MPD Lancar J Revolusi, Permainan Berasas Filem Pertama

Media Prima Digital (MPD), anak syarikat Media Prima Berhad (MPB) memperkenalkan produk digital terbaharu, J Revolusi, iaitu aplikasi p...


Media Prima Digital (MPD), anak syarikat Media Prima Berhad (MPB) memperkenalkan produk digital terbaharu, J Revolusi, iaitu aplikasi permainan 'first person shooter' (FPS) berasaskan filem yang pertama di Malaysia.

Permainan maya yang dibangunkan menerusi Media Prima Labs (MP Labs) itu diinspirasikan oleh filem aksi dengan tajuk sama, J Revolusi dibintangi Zul Ariffin dan Izara Aishah yang bakal menemui penonton pada 2 Mac depan.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan MP Labs dan Operasi, Nicholas Sagau, berkata pihak mensasarkan sebanyak 500,000 muat turun bagi permainan itu dalam tempoh tiga bulan ia dilancarkan.

"Permainan sudah boleh dimuat turun sejak tiga minggu lalu dan kami menerima pelbagai maklum balas dan membuat penambahbaikan sepanjang tempoh itu.

"Kami yakin J Revolusi akan mendapat maklum balas positif, khusus melihat kepada pasaran aplikasi permainan di Malaysia pada tahun lalu yang berjaya membuat pulangan kira-kira AS$2 bilion,"

Permainan mudah alih J Revolusi membolehkan pemain memilih dua watak utama filem itu, Eddie dan Jay yang bertugas dalam Skuad Khas Elit Malaysia menyelesaikan misi menggunakan pelbagai senjata seperti M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700.

Lebih menarik, karakter Eddie dan Jay menyerupai pelakon utama filem J Revolusi, iaitu Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain suara mereka berdua turut digunakan dalam permainan itu.

Selain kesan grafik tiga dimensi (3D), bunyi dan muzik menarik serta latar canggih, permainan J Revolusi turut menampilkan latar bangunan ikonik Menara Berkembar PETRONAS, menjadikannya dekat dengan pemain di Malaysia. Aplikasi permainan J Revolusi kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple Store dan Google Play Store, sekali gus menghangatkan kemunculan filem berkenaan pada Mac.



Bagi gammer-gammer semua bolehla cuba aplikasi.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: MPD Lancar J Revolusi, Permainan Berasas Filem Pertama
MPD Lancar J Revolusi, Permainan Berasas Filem Pertama
https://2.bp.blogspot.com/-U65SafzgHbU/WJRJ68yhWsI/AAAAAAAACls/GWA3FIqAHHsi4AQYOHgHmIWddqbEj9STwCLcB/s400/17revo1.transformed.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-U65SafzgHbU/WJRJ68yhWsI/AAAAAAAACls/GWA3FIqAHHsi4AQYOHgHmIWddqbEj9STwCLcB/s72-c/17revo1.transformed.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/mpd-lancar-j-revolusi-permainan-berasas.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/mpd-lancar-j-revolusi-permainan-berasas.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy