Masih Ramai Yang Tidak Mensyukuri Nikmat

Saban masa dan hari kita menikmati kurniaan daripada ALLAH sama ada sedar atau pun tidak.Perkara ini jika kita lihat begitu ramai umat...



Saban masa dan hari kita menikmati kurniaan daripada ALLAH sama ada sedar atau pun tidak.Perkara ini jika kita lihat begitu ramai umat Nabi Muhammad Rasulullah saw sudah hilang timbang rasa terhadap nikmat yang diperolehi setiap hari.

Dugaan yang Allah berikan adalah untuk kita lebih bertakwa dan beriman,supaya kita lebih dekat padanya.Jika dilihat pada masa kini,ramai yang merunggut tentang kos sara hidup,kenaikan barang,minyak dan lain-lain.Hal ini sememangnya dirasai oleh sesiapa pun tidak kira yang miskin ataupun yang kaya.

Jika sedikit pendapatannya,maka dirasai juga,jika banyak pendapatannya tetap dirasainya juga mengikut cara perbelanjaan mereka.

Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita.

Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu.

Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakam kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.

Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur.

DAN demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, didapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Hud: 9)

Huraian

Allah s.w.t. menjelaskan secara tepat sikap manusia yang gopoh dan lemah. Hanya hidup dalam detik-detik masa kini sahaja dan apabila dilanda sesuatu kesusahan ia lantas tidak teringat kepada detik-detik masa silam dan tidak dapat memikirkan masa hadapan.

Ia berputus asa daripada kebaikan dan tidak mengenang nikmat pada masa silam sebaik sahaja nikmat itu hilang daripadanya walaupun merupakan anugerah daripada Allah kepadanya. Ia menjadi begitu bergembira apabila mendapat nikmat daripada Allah dan merasa angkuh sebaik sahaja ia boleh mengatasi rintangan, mencapai kejayaan dan kesenangan.

Sebaliknya, ia tidak tahan menanggung kesusahan, tidak sanggup bersabar ketika menghadapi detik-detik kepayahan dan tidak sanggup menunggu detik-detik keselamatan. Ia tidak tahu menjimatkan kegembiraan dan kemegahan apabila mendapat nikmat dan tidak tahu pula membuat perhitungan terhadap kemungkinan hilangnya nikmat-nikmat tersebut.

Akhirnya apabila Allah s.w.t. menarik balik nikmat daripadanya, ia mula dilanda perasaan susah hati dan amat berputus asa kerana nikmat yang dirasai selama ini tidak disyukuri.

Kesimpulan

Memang menjadi sikap manusia yang mudah lupa daratan apabila diberi nikmat . Sebaliknya mereka menjadi berputus asa dan kecewa apabila nikmat itu ditarik oleh Allah s.w.t. Mereka tidak berfikir semua pemberian dan kehilangan nikmat itu adalah ujian daripada Allah.

Lantaran itu , kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menggunakan sebaik mungkin nikmat yang diberi. Apabila ditimpa kesusahan dengan kehilangan harta dan segala yang disayangi hendaklah kita menyedari bahawa semua nikmat itu adalah ujian Allah s.w.t. untuk menguji sejauhmana keimanan dan kesyukuran kita kepadaNya.


Memahami makna kufur nikmat

kufur secara bahasa bererti menutupi. Sedangkan menurut syara’ kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya, baik dengan mendustakannya atau tidak mendustakannya. Manakala maksud Kufur Nikmat ialah tidak menggunakan nikmat Allah S.W.T pada jalan yang betul. Dengan kata lain, menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang dibenciNya.

Sedikitnya hambaNya yang bersyukur dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(Surah Al-A'raaf: 10) Sedangkan banyak nikmat kita kecapai kurniaan dari Allah sehingga tidak terhitung : " Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) ".(Surah Ibrahim : 34)

Sikit ikhtibar dari kisah zaman Rasulullah saw yang mana telah berlaku satu isu yang mana para sahabat telah menghadap Rasulullah saw untuk mengadu kepada Baginda saw.

"Wahai Rasulullah sesungguhnya peniaga-peniaga di dalam pasar di dalam Kota Madinah mereka menaikkan harga barang dengan sesuka hati mereka,"
"Wahai Rasulullah kami meminta kepada kamu sebagai pentadbir Kota Madinah Al-Munawawarah untuk menetapkan harga barang".Tetapkan !!...

Matikan harga barang supaya peniaga-peniaga di dalam pasar Madinah tidak boleh lagi sesuka hati menaikkannya dan juga meningkatkan harga barang mereka...

Maka Rasulullah saw mengatakan "Sesungguhnya Allah swt Yang Maha Menentukan Harga".."Yang Maha Menyempitkan (Makluknya)",

"Wahai sahabat-sahabatku Sesungguhnya Allah swt dialah (Allah) yang merupakan penetap harga barang",Dialah (Allah) yang penentu harga barang..Dialah (Allah) yang tetapkan dan telah tentukan pada bulan ini,berapa harga barang,pada bulan hadapan berapa harga barang,pada minggu hadapan berapa harga barang,pada tahun hadapan berapa harga barang,pada 10 tahun 20 tahun akan yang akan datang.

"Allah telah mencatatkan takdir seluruh makhluk sebelum Allah menciptakan langit dan bumi 50,000 tahun sebelumnya".

Dan sebuah hadis sohih menyatakan bahawa Allah swt telah menetapkan segala-galanya,telah menentukan segala-galanya 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi,mengapa dari awal-awal Allah swt telah menjamin rezeki mereka?Supaya manusia tidak terlalu risau mengenai rezekinya walaupun asbab rezeki itu perlu diusahakan perlu diikhtiarkan.

Namun di situ bukan tempat kekhuatiran,disitu bukan tempat kegelisahan kita.Kegelisahan kita "Adakah iman kita meningkat ataupun tidak?"
Kegelisahan kita (adalah) "Naik ataupun tidak iman kita?"Naik ataupun tidak amal kita?"Naik ataupun tidak tawakal kita?"Naik ataupun tidak sifat syukur dan sifat redha kita?"Naik ataupun tidak sifat zuhud dan qanaah kita?"Naik ataupun tidak sifat yakin dan juga sifat-sifat yang mulia yang Allah swt ingin tanamkan di dalam hati kita..sebelum kita berjumpa dengan Allah swt?"

Naik ataupun turunnya harga barang ia tidak memberi kesan kepada rezeki seseorang.Dan kemudian Rasulullah saw mengatakan....

"Jangan sehingga kesibukan dan perlumbaan kamu terhadap rezeki itu..menyebabkan kamu lalai dan juga leka terhadap mengapa kamu diciptakan oleh Allah swt diatas dunia ini".

"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah swt..nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah swt dan mereka yang bertawakal kepada Allah swt,Allah swt akan cukupkan rezekinya dan Allah swt akan datang rezeki kepadanya yang tidak disangka-sangka."

Jadi sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..jika rasa susah,periksa diri sendiri tahap keimanan kita bagaimana, itu yang perlu dirisaukan bukan harga barang.

Berusaha atas Iman dan Amal...















COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Masih Ramai Yang Tidak Mensyukuri Nikmat
Masih Ramai Yang Tidak Mensyukuri Nikmat
https://1.bp.blogspot.com/-7wVE9S0LnMw/WKLhfVU4lAI/AAAAAAAACy0/kRN7OCygCYkrhCm8731Zda2hCAsf9sBSgCLcB/s400/bersyukur2.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-7wVE9S0LnMw/WKLhfVU4lAI/AAAAAAAACy0/kRN7OCygCYkrhCm8731Zda2hCAsf9sBSgCLcB/s72-c/bersyukur2.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/masih-ramai-yang-tidak-mensyukuri-nikmat.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/masih-ramai-yang-tidak-mensyukuri-nikmat.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy