Lim Kit Siang Terus Membisu Berkenaan Dana RM1.2 Bilion Dari Israel

Masih  ingat lagi tentang dana politik dari Israel yang di bongkarkan oleh bekas setiausaha sulit Lim Kit Siang iaitu Mohamad Razali Abdu...


Masih  ingat lagi tentang dana politik dari Israel yang di bongkarkan oleh bekas setiausaha sulit Lim Kit Siang iaitu Mohamad Razali Abdul Rahman sebanyak RM1.2 bilion.Sampai sekarang apek Kit Siang ni membisu tanpa perjelaskan apa-apa.

Sejak pendedahan “berani mati” yang dibuat oleh Razali, hanya penafian sahaja yang mampu dibuat oleh DAP. Malah, ugutan DAP yang mahu menyaman Razali juga sehingga kini masih belum dibuat oleh parti berkenaan.

Sedar atau tidak, sudah setahun masa berlalu dan DAP masih lagi gagal memberikan jawapan tentang pendedahan yang dibuat oleh Razali ini.

DAP begitu sibuk berbicara tentang isu-isu lain, sedangkan persoalan mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel ini, terbiar tanpa jawapan pun.

DAP lebih senang untuk membiarkan persoalan mengenai dana itu hanyut ditelan masa tanpa memberikan apa-apa jawapan tentang perkara itu.

Di sebalik kemelut yang melanda apek Kit Siang yang belum terjawab,terpalit pula skandal oleh anaknya tokoh banglo terlajak murah yang telah menyalahguna kuasa.Itupun DAP masih cuba untuk mengelak dari mengakui kesalahan mereka.Sehingga ke hari ini la Guan Eng kebal sebagai Ketua Menteri.



Jadi tidak hairanlah apabila DAP juga cuba menggunakan helah yang sama, jika berbicara tentang sumbangan dana dari Israel ini. Mungkin bagi DAP, ia adalah rahsia parti yang tidak harus dihebahkan kepada umum.

Lim Kit Siang sibuk menuntut penjelasan berhubung isu derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Barisan Nasional walaupun SPRM telah mengesahkan bahawa derma tersebut tidak diterima dari 1MDB dan ianya tidak melibatkan duit rakyat.

Kini kita mendesak Lim Kit Siang pula memberi penjelasan berkenaan isu dana RM1.2bilion yang DAP terima dari Israel untuk PRU13 menurut dakwaan Zuhdi dan Razali pula. Rakyat Malaysia juga menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perkara ini memandangkan Zuhdi dan Razali telah membuat kenyataan. Tambahan pula beberapa laporan polis dikatakan telah dibuat oleh beberapa pihak.

Selain daripada itu juga dakwaan kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13 oleh Mohamed Razali telah mengaitkan DAP sebagai mempunyai hubungan dengan negara yang paling kejam didunia iaitu Israel.

Diantara dakwaan lain yang dibangkitkan oleh beliau adalah pembukaan pangkalan tentara Israel di negara ini, jika DAP berjaya menawan Putrajaya. Isu ini amat serius dimana melibatkan sumbangan untuk pembiayaan Pilihanraya yang juga melibatkan sebuah negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Memetik kenyataan dari portal FMT, DAP akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan parti itu ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini

Namun sehingga ke hari ini, DAP dilihat hanya memanipulasikan sahaja isu ini. Hanya kenyataan akan melakukan tindakan perundangan. Tiada sebarang tindakan dibuat.

Untuk makluman, dakwaan itu dibuat oleh Mohamed Razali yang dikatakan telah terlibat secara langsung dengan Israel dalam latihan yang diberikan. Beliau turut mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.

Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

Mengapa sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan saman ke atas Mohamed Razali?




Kalau benar Mohamed Razali berbohong maka kita mahu Lim Kit Siang kotakan kata-kata beliau yang akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan DAP ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini.

Kenapa DAP enggan memberikan jawapan yang konkrit berhubung isu ini? Kenapa tiada langsung tindakan perundangan dikenakan terhadap Razali dan Dr Zuhdi, individu yang mendedahkan skandal ini?

Apa yang pasti, DAP sendiri tiada jawapan untuk menafikan sebarang sumbangan yang mereka terima daripada Israel.

Mereka lebih senang mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu lain, sedangkan skandal DAP sendiri dibiarkan begitu sahaja.

Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan cuba sedaya upaya melindungi atau merahsiakan sebarang perkara yang boleh merosakkan parti mereka.

Namun, mereka akan tampil kehadapan andai mereka menghidu peluang untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan DAP berhubung sumbangan dana dari Israel ini?

Betul ke tidak DAP dapat dana dari Israel ini, Mahathir tidak pula tanya apa status duit Israel ini. Hendak dengar juga fatwa dari Mahathir berkaitan dana Israel ini. Rasuah ke halal duit dana Israel ini?





COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Lim Kit Siang Terus Membisu Berkenaan Dana RM1.2 Bilion Dari Israel
Lim Kit Siang Terus Membisu Berkenaan Dana RM1.2 Bilion Dari Israel
https://3.bp.blogspot.com/-mKp0z8Z5H4c/WJ023fQ6tsI/AAAAAAAACts/iCzaDm3u8ZYGDG9qh9a5jGeQ4ni2Ux6rwCLcB/s400/kit1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-mKp0z8Z5H4c/WJ023fQ6tsI/AAAAAAAACts/iCzaDm3u8ZYGDG9qh9a5jGeQ4ni2Ux6rwCLcB/s72-c/kit1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/lim-kit-siang-terus-membisu-berkenaan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/lim-kit-siang-terus-membisu-berkenaan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy