Ladang Babi Semakin Membesar Di Kuala Langat

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 menunjukkan bahawa Kuala Langat memiliki lebih daripada 132 ladang ternakan babi baik yang b...


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 menunjukkan bahawa Kuala Langat memiliki lebih daripada 132 ladang ternakan babi baik yang beroperasi secara berlesen, mahupun tidak berlesen.

Laporan itu sekali gus mengesahkan kebimbangan pelbagai pihak tentang ‘kepesatan’ aktiviti ternakan babi di daerah itu yang seolah-olah tidak terkawal.

Yang pasti, keadaan itu menyebabkan penduduk kampung di kawasan sekitar daerah berkenaan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah daripada pencemaran alam sekitar sehingga kualiti hidup.

Jika satu ketika dulu daerah Bukit Pelanduk di Port Dickson, Negeri Sembilan terkenal dengan kegiatan penternakan babi, tidak keterlaluan dikatakan, status tersebut kini dipegang daerah jirannya, Kuala Langat.

‘Kepesatan’ aktiviti ternakan di daerah ini bukan sahaja menjadi bualan mulut ramai, tetapi dinyatakan secara rasmi di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2.

Berdasarkan pemerhatian Utusan Online, penternakan babi di daerah ini bermula dari sempadan daerah Sepang iaitu di Kampung Tumbuk Darat sehinggalah ke Tanjung Layang dengan jarak hampir 20 kilometer (km) itu terus diusahakan tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar mahupun penduduk.

Ladang babi yang dahulunya kecil, kini semakin membesar, sesuai dengan sifat haiwan berkenaan yang cepat membiak. Hal itu juga menjadi faktor mengapa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, ladang ternakan haiwan berkenaan terus bertambah seolah-olah tanpa sebarang pemantauan serta kawalan.

Ketika pada pengusaha ladang babi itu mengaut keuntungan yang mencecah jutaan ringgit, penduduk pula menanggung derita. Mereka terpaksa menanggung akibatnya dengan pencemaran bau busuk yang sangat meloyakan terutama pada waktu pagi dan malam dari kandang babi yang terletak sangat hampir dengan rumah mereka.

Bukan itu sahaja, pengabaian terhadap sistem saliran dari ladang ternakan babi telah mengakibatkan air dari kolam takungan efluen disalurkan secara terus ke parit dan sungai sehingga menyebabkan air berubah menjadi warna hitam, berbau serta tersumbat.

Air tersebut kemudiannya mengalir ke laut sehingga menyebabkan kawasan pantai diselubungi warna kehitaman dan busuk serta paling menyedihkan apabila turut menjejaskan ekosistem di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Tumbuk Darat, Mohamad Tarmudi Tushiran berkata, penternakan babi telah lama diusahakan di kampung itu namun amat mengecewakan apabila pengusaha mengabaikan aspek penyelenggaraan sehingga menyusahkan penduduk.

Katanya, sistem saliran seperti longkang di sekitar kampung kini telah berubah wajah kepada kehitaman berserta bau busuk yang begitu menangkap urat kepala sesiapa sahaja yang mengunjungi kampung berkenaan.

Menurut beliau, landskap di kawasan itu juga kini jauh berubah kerana jika dahulunya penduduk kampung boleh membawa anak-anak mereka menangkap ikan dan hidupan laut di sekitar tali air dan kawasan pantai namun itu semua kini hanya tinggal kenangan.

“Apa lagi yang tinggal di kampung ini. Tiada siapa yang mengawal dan memantau aktiviti penternakan babi yang disifatkan semakin naik ‘tocang’ dan menaikkan kemarahan orang.

"Siapa yang mahu perjuangkan nasib kami penduduk kampung di sini? Jangan sampai satu hari nanti kampung ini semua tenggelam dan digantikan dengan kandang babi, di mana anak cucu kami hendak tinggal?

“Selain itu, di beberapa kampung lain jumlah kandang babi juga kian bertambah. Dimana tanggungjawab pihak berkuasa untuk memantau aktiviti penternakan babi di kampung-kampung di sini sama ada mereka itu berlesen atau tidak,” tegas beliau.





Dalam pada itu, Mohamad Tarmudi berkata, cadangan penternakan babi secara moden yang dicadangkan kerajaan negeri Selangor bukan satu penyelesaian kepada masalah yang melanda penduduk.

Beliau yang pernah ke Jerman bagi melawat sistem ternakan babi moden berkata, di negara berkenaan ladang tersebut diusahakan di satu kawasan yang sangat jauh daripada tempat tinggal kerana mereka memikirkan risiko daripada kegiatan penternakan haiwan itu.

“Ini kerajaan negeri mahu membina ladang ternakan babi moden di Kampung Ladang Tumbuk. Bukan sahaja dekat dengan sekolah, malah begitu hampir dengan penempatan.

“Mengapa mereka tidak bina sahaja kilang tersebut di kawasan yang tiada penduduk? Bukankah itu lebih baik dan menguntungkan semua pihak, saya yakin tindakan kerajaan negeri ini pastinya ada motif tersendiri,” katanya.

Sementara itu, tinjauan UTUSAN ONLINE di beberapa kampung mendapati kebanyakan ladang ternakan babi diusahakan di belakang rumah pengusaha dan ada juga kandang dibina sangat hampir dengan penempatan penduduk.

Di Taman Batu Untung misalnya, terdapat banyak ladang babi dibina di tepi jalan masuk ke kawasan perumahan berkenaan yang dianggarkan sejauh hampir 3km.

Sementara di Ladang Tumbuk, kandang babi berkenaan dibina di sebuah jalan kecil dan terletak betul-betul di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tumbuk serta di jalan persekutuan berhampiran Tanjung Sepat.

Ladang ternakan babi juga turut diusahakan di beberapa lorong kecil di sekitar Kampung Endah dengan lokasi penternakan tersebut dilihat sangat hampir dengan beberapa buah hotel dan Rumah Peranginan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Ladang Babi Semakin Membesar Di Kuala Langat
Ladang Babi Semakin Membesar Di Kuala Langat
https://4.bp.blogspot.com/-i8lG5XespQI/WJlOLTzyL8I/AAAAAAAACp4/hvNQ8zFaHaQPRMcC2FP-_Ow0NWT8jMx6wCLcB/s400/bb1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-i8lG5XespQI/WJlOLTzyL8I/AAAAAAAACp4/hvNQ8zFaHaQPRMcC2FP-_Ow0NWT8jMx6wCLcB/s72-c/bb1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/ladang-babi-semakin-membesar-di-kuala.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/ladang-babi-semakin-membesar-di-kuala.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy