Korea Utara perlu faham Malaysia mengikut undang-undang negara - PM

Kerajaan Korea Utara perlu memahami Malaysia terikat dengan peraturan undang-undang di negara ini dalam menjalankan siasatan berhubung ke...


Kerajaan Korea Utara perlu memahami Malaysia terikat dengan peraturan undang-undang di negara ini dalam menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau yakin dengan kemampuan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut.



“Polis dan doktor kita amat profesional dan saya yakin mereka amat objektif dengan apa yang dilakukan. Kita tidak mempunyai alasan mengapa kita akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej Korea Utara.

"Jadi, kita harap mereka faham bahawa Malaysia melakukan (siasatan) mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan di negara ini.”

Terdahulu pihak kedutaan Korea Utara dilihat begitu terdesak untuk menuntut mayat Kim Jong-nam sehingga sanggup menuduh serta memperlekehkan kerajaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Kesungguhan itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan, apakah motif sebenar pihak kedutaan negara itu apabila turut cuba menghalang proses bedah siasat dijalankan ke atas mayat Jong-nam yang dipercayai mati akibat diracun pada Isnin lalu.

Sedangkan secara logiknya, sudah tentu mereka sedia maklum tentang prosedur dan undang-undang yang perlu dipatuhi di negara ini apatah lagi melibatkan kes kematian berunsur me­ragukan.

Menurut sumber, pihak terbabit bertindak sedemikian kerana cuba menutup satu konspirasi besar yang mungkin melibatkan kuasa besar di bawah pemerintahan diktator Kim Jong-un.

“Pihak keduta­an negara itu sebelum ini juga te­lah mengeluarkan kenyataan tidak akan me­nerima hasil bedah siasat di negara ini.

“Mereka sebenarnya mahu segera menuntut mayat Jong-nam dan kemudian melakukan bedah siasat sendiri yang hasil laporannya mungkin diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Seterusnya kes ditutup,” katanya di sini hari ini.

Menjelaskan tindakan empat suspek lelaki warga Korea Utara meninggalkan negara ini sebaik sahaja kejadian itu berlaku, sumber itu memberitahu, kesemua suspek berkenaan kini dipercayai berada di negara asal mereka.


“Itulah tempat pa­ling selamat untuk mereka sekarang, me­reka tidak akan berada di negara lain kerana tindakan itu akan membuatkan mereka diburu oleh polis antarabangsa (In­terpol).

“Lebih baik berada di tempat mereka di­lindungi,” ujarnya.

Tambah sumber, per­kara itu mungkin akan membawa sedikit kesukaran bagi pasukan keselamatan negara ini untuk menjejaki keempat-empat lelaki berkenaan.

Pada Rabu lalu, Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol melahirkan rasa tidak puas hati terhadap PDRM serta Wisma Putra kerana tidak dibenarkan me­nuntut mayat Jong-nam malah turut mengulanginya hari ini dalam satu sidang akhbar.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid menegaskan, siasatan termasuk bedah siasat perlu dijalankan kera­na kematian Jong-nam bersifat meragukan.

“Setiap kematian mengejut dan mencurigakan perlu disiasat. Mereka boleh komen apa sahaja tetapi kita hanya mengikut undang-undang negara ini,” jelasnya.

-sumber Utusan online

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Korea Utara perlu faham Malaysia mengikut undang-undang negara - PM
Korea Utara perlu faham Malaysia mengikut undang-undang negara - PM
https://4.bp.blogspot.com/-heaIqiSquEA/WKuvYfsiKUI/AAAAAAAAC1M/ehYDIMPJnZ0yXaZSMkrmyf5b_VoW2h6CgCLcB/s400/Najib11.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-heaIqiSquEA/WKuvYfsiKUI/AAAAAAAAC1M/ehYDIMPJnZ0yXaZSMkrmyf5b_VoW2h6CgCLcB/s72-c/Najib11.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/korea-utara-perlu-faham-malaysia.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/korea-utara-perlu-faham-malaysia.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy