Korea Selatan ambil langkah berjaga-jaga provokasi dari Korea Utara.

SEOUL – Korea Selatan kini sedang mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi menghadapi kemungkinan provokasi ketenteraan oleh Korea Utara...


SEOUL – Korea Selatan kini sedang mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi menghadapi kemungkinan provokasi ketenteraan oleh Korea Utara bagi mengalih perhatian terhadap kes pembunuhan abang pemimpinnya, Kim Jong-un.

Pegawai Ketua Turus Bersama Korea Selatan, yang mahu identitinya dirahsiakan berkata, tenteranya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami sudah memperkuatkan keselamatan dan pemantauan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya provokasi dari Korea Utara.

Ketika ini, tentera Korea Utara menjalani latihan musim sejuk dan belum ada aktiviti luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Presiden dan Perdana Menteri Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn, semalam meminta pegawai kerajaan sentiasa memantau kemungkinan negara terpencil itu melakukan keganasan terhadap rakyat Korea Selatan.

Malah, beliau menggesa pegawai kerajaan dan semua pihak terbabit, termasuk pusat menangani keganasan supaya bersiap sedia.

Korea Selatan turut mengetatkan kawalan terhadap rakyat Korea Utara yang berpaling tadah, termasuk Thae Young-ho, yang juga seorang diplomat kanan berpangkalan di London.

Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam, anak lelaki sulung pemimpin Korea Utara, mendiang Kim Jong-il, diserang dua wanita dengan racun ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Kerajaan Korea Selatan sebelum ini, mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya yakin Korea Utara bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

-Utaranews

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Korea Selatan ambil langkah berjaga-jaga provokasi dari Korea Utara.
Korea Selatan ambil langkah berjaga-jaga provokasi dari Korea Utara.
https://4.bp.blogspot.com/-Rz4WV_kX1QA/WK08ljKo8NI/AAAAAAAAC7E/Esy_Re9xmio9a_VcKVIAzvhHeLEwltBGwCLcB/s400/ku.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-Rz4WV_kX1QA/WK08ljKo8NI/AAAAAAAAC7E/Esy_Re9xmio9a_VcKVIAzvhHeLEwltBGwCLcB/s72-c/ku.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/korea-selatan-ambil-langkah-berjaga.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/korea-selatan-ambil-langkah-berjaga.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy