Konsert Megadeth di Stadium Negara

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock thrash metal terkenal dari Amerika Syarikat, Megadeth akan mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada...


KUALA LUMPUR – Kumpulan rock thrash metal terkenal dari Amerika Syarikat, Megadeth akan mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 4 Mei depan.

Penganjur konsert berkenaan iaitu IME Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, konsert Megadeth Live in Malaysia itu bakal diadakan di Stadium Negara di sini pukul 8 malam.

Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.

“Kuala Lumpur adalah negara yang kami idamkan mahu membuat persembahan apabila menjelajah Asia,” kata ketua kumpulan itu, Dave Mustaine.

Siri jelajah berkenaan bersempena kemunculan album terbaharu mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu.

Album berkenaan mendapat ulasan yang baik daripada pengkritik dan peminat dan menyifatkan ia sebagai karya paling baik daripada salah Megadeth yang sinonim dengan genre muzik itu.





 Tiket-tiket dijual sejak 10 Februari lalu.

Dystopia juga mendapat pencalonan menerusi kategori Persembahan Lagu Metal Terbaik pada Anugerah Grammy ke-59 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia berada di kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber.

Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernah diraih band ini sejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit.

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone.

Selain daripada Dave Mustaine yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan itu turut dianggotai David Ellefson (bass), Kiko Loureiro (gitaris) dan Dirk Verbeuren (drum).

Sepanjang tiga dekad, Megadeth telah menjual lebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengan anugerah platinum untuk lima album berturut-turut.

Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live in Malaysia berharga RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ).

Ia boleh didapati menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline 603-92228811.

Peminat Megadeth juga boleh mendapatkan tiket di cawangan Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang).

-sumber

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Konsert Megadeth di Stadium Negara
Konsert Megadeth di Stadium Negara
https://4.bp.blogspot.com/-B745RFs2ClI/WKz0rrLYHZI/AAAAAAAAC2o/QmFT-Hoq5ZEn0CYRzHOh7h1pMcXH5kTYwCLcB/s400/pix-megadetah.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-B745RFs2ClI/WKz0rrLYHZI/AAAAAAAAC2o/QmFT-Hoq5ZEn0CYRzHOh7h1pMcXH5kTYwCLcB/s72-c/pix-megadetah.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/konsert-megadeth-di-stadium-negara.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/konsert-megadeth-di-stadium-negara.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy