Jurukamera TV Korea Buat Liputan Kes Jong-Nam Ditahan

Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi ini apabila polis menahan seora...


Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi ini apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang 'berkampung' bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Jurukamera Korean Broadcasting System (KBS) itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi tadi.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman.

Difahamkan, jurukamera KBS itu ditahan kerana dipercayai berada di sekitar IPFN dalam keadaan mencurigakan.

Menurut jurucakap KBS, jurukamera itu ditahan setelah didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri serta pasport.

"Polis telah membebaskan dia dalam masa setengah jam setelah kami membawa dan menunjukkan segala dokumen yang perlu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Sukri ketika dihubungi Bernama berkata kehadiran sepasukan STAFOC bukan kerana membawa anak sulung mendiang Jong-nam iaitu Kim Han-sol, 21, yang dijangka hadir ke IPFN untuk membuat pengecaman mayat dan ujian Deoksiribonukleik Asid (DNA).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang semalam bagi menunggu kehadiran Han-sol yang dijangka hadir ke IPFN untuk melakukan ujian DNA bagi urusan menuntut mayat selain membantu siasatan kes itu namun kelibat beliau tidak kelihatan sehingga awal pagi ini.

Ujian DNA yang akan dibuat oleh Han-sol adalah bagi tujuan pengesahan identiti seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia.

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.

-- BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Jurukamera TV Korea Buat Liputan Kes Jong-Nam Ditahan
Jurukamera TV Korea Buat Liputan Kes Jong-Nam Ditahan
https://3.bp.blogspot.com/-qPEbQvcsNtM/WKuxpEwuxiI/AAAAAAAAC1c/7cmmPIYenmM_3WZkXHMBE9kQnEO6ZGtCgCLcB/s400/cc.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-qPEbQvcsNtM/WKuxpEwuxiI/AAAAAAAAC1c/7cmmPIYenmM_3WZkXHMBE9kQnEO6ZGtCgCLcB/s72-c/cc.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/jurukamera-tv-korea-buat-liputan-kes.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/jurukamera-tv-korea-buat-liputan-kes.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy