Jualan iPhone Di Malaysia Merosot, Samsung Pula Terus Meningkat

International Data Corporation (IDC) hari ini menerbitkan data berkaitan pengedaran telefon pintar dalam pasaran Malaysia untuk tahun 201...


International Data Corporation (IDC) hari ini menerbitkan data berkaitan pengedaran telefon pintar dalam pasaran Malaysia untuk tahun 2016. Scara keseluruhannya, edaran telefon pintar merosot 5.9% berbanding tahun 2015 kepada 8.784 juta unit. Daripada segi pengeluar, ada yang meningkat dan ada juga yang menurun edarannya.


Asus mengalami kemerosotan paling ketara dalam pengedaran produk mereka untuk tahun lepas. Merosot 43.3 peratus, Asus hanya mengedarkan kurang daripada sejuta unit telefon berbanding hampir 1.5 juta mereka edarkan tahun lalu. Apple turut mengalami nasib yang sama kerana mengedarkan 17.4 peratus iPhone kurang daripada tahun sebelumnya.

Paling nyata meningkat adalah OPPO. Mereka mengedarkan 66.8 peratus lebih banyak telefon berbanding 2015, meningkat kepada 916 juta unit. Samsung teguh menerajui pasaran apabila mengedarkan lebih 3 juta unit telefon dan terus mencatatkan pertumbuhan.

Beralih kepada suku keempat tahun 2016, OPPO mencatatkan peningkatan lebih sekali ganda. Asus pula mencatatkan kemerosotan yang agak besar iaitu melebihi 58 peratus. Huawei pula hanya meningkat sejengkal iaitu 0.5%.


Beberapa pemerhatian yang boleh disimpulkan untuk pasaran telefon pintar negara kita untuk suku empat 2016 adalah yang pertama, Samsung kekal mengepalai pasaran dengan kejayaan siri Galaxy J yang disasarkan terus pada pengguna berbajet sederhana. Kesan tragedi Galaxy Note7 seakan tidak kelihatan pada data yang dilaporkan.

Apple menjadi pengedar nombor dua untuk tahun suku tersebut kerana ia adalah musim pelancaran iPhone generasi baru. OPPO pula mara bergaya dengan beberapa pelancaran telefon seperti siri F1 yang kejayaannya didorong kekuatan pasukan pemasarannya.

Asus disisihkan oleh jenama-jenama besar yang lain mungkin disebabkan kelemahan pada teknik pemasarannya.



Sumber: IDC

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Jualan iPhone Di Malaysia Merosot, Samsung Pula Terus Meningkat
Jualan iPhone Di Malaysia Merosot, Samsung Pula Terus Meningkat
https://1.bp.blogspot.com/-bo1tkeP21fQ/WK6EMxkdtMI/AAAAAAAAC94/UzF9xJ2-1owX7-O9yqjUtLWCa537GaltwCLcB/s400/iPhone-7-Plus-Specs.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-bo1tkeP21fQ/WK6EMxkdtMI/AAAAAAAAC94/UzF9xJ2-1owX7-O9yqjUtLWCa537GaltwCLcB/s72-c/iPhone-7-Plus-Specs.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/jualan-iphone-di-malaysia-merosot.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/jualan-iphone-di-malaysia-merosot.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy