Jamal usung keranda ke pejabat Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM – Selepas membawa katil sebagai simbolik kegiatan rumah urut yang berleluasa di Selangor dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri J...


SHAH ALAM – Selepas membawa katil sebagai simbolik kegiatan rumah urut yang berleluasa di Selangor dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Jamal Md. Yunus bersama pengikutnya membawa sebuah keranda dan berhimpun di depan pintu masuk ke Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang menempatkan Pejabat Menteri Besar.

Beliau mendakwa, keranda itu sebagai simbolik kepada penyalahgunaan sejumlah peruntukan di bawah Skim Warga Usia Emas yang kononnya sebagai khairat kematian bagi membantu meringankan beban ahli keluarga yang meninggal dunia.

Katanya, beliau mendapat tahu ramai warga emas yang berdaftar di bawah skim itu, yang meninggal dunia tidak mendapat bantuan khairat kematian, sebaliknya peruntukan berkenaan disalahgunakan oleh wakil rakyat mahupun penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan diri.

“Hari ini, saya bersama wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hendak menghantar sebuah keranda kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya juga hendak bertanya kepada beliau, mengenai peruntukan kira-kira RM200 juta yang telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Ini bukan tuduhan.. ini pertanyaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di depan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, hari ini.

Kira-kira 200 penyokongnya ikut serta, yang dimulai dengan Jamal memandu sebuah van jenazah yang membawa sebuah keranda, berhenti di hadapan pintu pagar utama ke bangunan SSAAS.

Jamal yang juga Pengerusi Gerakan NGO Baju Merah berkata, beliau difahamkan peruntukan kira-kira RM200 juta itu adalah untuk membantu rakyat Selangor di bawah Skim Orang Kelainan Upaya (SOKU), Inisiatif Peduli Rakyat dan Skim Warga Usia Emas.

Bagaimanapun, katanya, ada dalam kalangan mereka yang berdaftar di bawah skim berkenaan tidak menerima bantuan itu, sebaliknya dikatakan telah digunakan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.

“Ada warga emas yang meninggal dunia, tetapi bantuan khairat kematian tidak sampai kepada ahli keluarga untuk mengurus jenazah. Peruntukan itu dikatakan digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Hari ini, saya minta Mohamed Azmin menjawab semua persoalan yang saya kemukakan ini, demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya.

Katanya, beliau juga ingin mengetahui dari manakah sumber peruntukan itu diperolehi, adakah yang diberikan kepada sesetengah pewaris itu wang halal atau sebaliknya.

Jelas beliau, bagaimanakah kaedah peruntukan itu disalurkan menerusi skim-skim berkenaan kerana di Parlimen Gombak sahaja, dikatakan sejumlah RM5 juta telah ‘hilang’ atau tidak dapat dikesan.

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam kaedah menyalurkan bantuan di bawah Skim Warga Usia Emas yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat dan Penyelaras DUN seperti yang berlaku di Wangsamaju, Lembah Pantai dan Gombak,” katanya.

 – MalaysiaGazette

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Jamal usung keranda ke pejabat Menteri Besar Selangor
Jamal usung keranda ke pejabat Menteri Besar Selangor
https://3.bp.blogspot.com/-ld1g3bRhp3o/WKKMs5tXcVI/AAAAAAAACx8/YlCKiZfGi0oxL1rN-hhTjVZawYDEgmLTgCLcB/s400/jamalkeranda-681x511.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ld1g3bRhp3o/WKKMs5tXcVI/AAAAAAAACx8/YlCKiZfGi0oxL1rN-hhTjVZawYDEgmLTgCLcB/s72-c/jamalkeranda-681x511.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/jamal-usung-keranda-ke-pejabat-menteri.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/jamal-usung-keranda-ke-pejabat-menteri.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy