Istilah Gaya Lelaki Metroseksual ?

Istilah metroseksual diambil daripada perkataan Yunani iaitu metropolis bermaksud ibu kota dan digabungkan dengan perkataan seksual. Metr...


Istilah metroseksual diambil daripada perkataan Yunani iaitu metropolis bermaksud ibu kota dan digabungkan dengan perkataan seksual. Metroseksual begitu unik sehingga dipilih sebagai Perkataan Tahunan 2003 oleh Persatuan Dialek Amerika.

Terdapat lebih daripada 70 definisi yang memberikan interpretasi makna metroseksual. Istilah tersebut dikatakan muncul pertama kalinya pada tahun 1994. Ia diperkenalkan oleh Mark Simpson, seorang penulis fesyen.

Gelaran metroseksual wujud bagi mewakili lelaki urban yang muncul dalam masyarakat kita. Kecenderungan kaum lelaki untuk lebih berpenampilan daripada aspek gaya kini telah dianggap normal berbanding tiga dekad dahulu sehingga memaksa para ilmuan mencipta gelaran untuk golongan sebegitu.

Lelaki metroseksual atau ada juga yang menggelar mereka lelaki ‘jelita’, kerana obses dengan aspek penampilan luaran dari penjagaan wajah, rambut hingga kepada pakaian dan aksesori yang dahulunya fitrah itu hanya milik mutlak golongan wanita.

Membawa definisi lelaki berpenampilan menarik dengan gaya dan personaliti tersendiri, ada juga yang mengatakan tidak perlu menjadi ‘metroseksual’ untuk berada dalam keadaan rapi, kemas dan segak.






Bagi seorang lelaki sama ada membawa gelaran metroseksual atau sebaliknya, masing-masing perlu sentiasa menjaga penampilan dan keperibadian.

Seorang lelaki bukan sekadar perlu mementingkan penampilan dari segi luaran, malah dalaman juga harus seiring dengan peribadi terpuji.

Namun, setiap orang mempunyai karakter dan karismanya yang tersendiri yang akan dizahirkan dari segi penampilan dan cara kita membawa diri.

Mungkin juga gaya hidup anak muda berjawatan tinggi sedikit sebanyak mempengaruhi gaya penampilan seseorang itu yang membawa kecenderungan kepada gaya metroseksual,”

Malah, sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai jenama fesyen mampu milik yang kebanyakannya berkonsepkan fesyen jalanan membolehkan sesiapa sahaja boleh bergaya hebat dan ada kelas.

Soal berbelanja untuk tampil menarik adalah hak individu, tetapi haruslah berbalik kepada status ekonomi masing-masing.

Secara peribadi, metroseksual adalah gaya yang boleh meningkat personaliti seseorang dan saya rasakan adalah penting bagi lelaki untuk menjaga penampilan diri terutama mereka yang bekerja dalam sektor korporat.

Ada juga apabila ramai menyamakan lelaki metroseksual sebagai lelaki lembut atau gay.

Namun perlu diingat, perubahan gaya hidup metroseksual bukanlah secara anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku. Jangan salah anggap, metroseksual bukanlah perlambangan seksualiti seseorang.

Ia sekadar usaha luar sedar seseorang lelaki untuk menempatkan diri mereka sebagai individu yang perlu diberi layanan istimewa. Bagi saya, kita perlu menghormati hak orang lain untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka tanpa sebarang prasangka dan iri hati.

Jika berkemampuan, tidak salah untuk sesiapa sahaja berusaha memperbaiki penampilan diri agar lebih berkeyakinan selain dapat menyerlahkan lagi keperibadian mereka.

Lihat sahaja pada mereka seperti David Beckham, Ryan Gosling, Zac Efron, John Legend dan George Clooney, adakah mereka lembut mahupun gay?


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Istilah Gaya Lelaki Metroseksual ?
Istilah Gaya Lelaki Metroseksual ?
https://4.bp.blogspot.com/-KUGigEsVtjs/WJgvpuDRTLI/AAAAAAAACms/rEDrcclHO4Q_ampcsDcuzCpkG02t9sMxgCLcB/s400/1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-KUGigEsVtjs/WJgvpuDRTLI/AAAAAAAACms/rEDrcclHO4Q_ampcsDcuzCpkG02t9sMxgCLcB/s72-c/1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/istilah-gaya-lelaki-metroseksual.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/istilah-gaya-lelaki-metroseksual.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy