Indonesia Naik Kos Haji Mulai Tahun Ini

Beruntung dan bersyukur jemaah Haji Malaysia kerana kos menunaikan ibadah haji tidak dinaikkan sejak 10 tahun lalu meskipun kos sebenarny...


Beruntung dan bersyukur jemaah Haji Malaysia kerana kos menunaikan ibadah haji tidak dinaikkan sejak 10 tahun lalu meskipun kos sebenarnya meningkat daripada RM18,890 kepada RM19,550 mulai tahun ini.

Lain terjadi di negara jiran kita Indonesia apabila pemerintah berhasrat untuk menaikkannya mulai musim tahun ini.

Menurut laporan akhbar KOMPAS,caj untuk jemaah mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima itu atau disebut Biaya Penyelenggaraan Ibadah Haji (BPIH) bakal naik sebanyak 3.1 peratus.

Ini bermakna kos BPIH bagi setiap jemaah Indonesia pada tahun ini akan menjadi 35,740,107 rupiah (kira-kira RM11,933) berbanding caj musim haji ketika tahun lalu yang hanya sekitar 34,641,304 rupiah (kira-kira RM11,566).

Menurut pemerintah Indonesia,pertambahan BPIH itu disebabkan kenaikan kadar tukaran dengan dolar Amerika Syarikat (AS),penambahan kuota jumlah jemaah dan kenaikan harga minyak yang menyebabkan kos penerbangan melonjak.






Menteri Agama,Lukman Hakim Saifuddin di Parlimen berkata,ia masih lagi dalam pertimbangan namun disebabkan pertambahan bilangan jemaah,nilai tukaran mata wang asing dan harga bahan bakar,ia tidak dapat dielakkan.

Beliau menyatakan,cadangan kenaikan BPIH itu disambut positif oleh panel Suruhanjaya VIII Dewan Rakyat (DPR) berikutan rasional peningkatan kos dianggap sebagai masih bersesuaian dan tetap berpatutan.

Lukman menambah, usul itu bagaimanapun akan dibahaskan secara teliti oleh pihak Panitia Kerja bersama-sama dengan anggota suruhanjaya tersebut dalam tempoh tiga minggu ke hadapan sebelum akhirnya dimuktamadkan.

Indonesia bakal menghantar 221,000 jemaah pada musim haji kali ini susulan penarikan balik kuota terhad yang dilaksanakan Arab Saudi sejak 2013 susulan projek pembesaran kompleks Masjidil Haram di tanah suci Makkah.



-nasionalkini






COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Indonesia Naik Kos Haji Mulai Tahun Ini
Indonesia Naik Kos Haji Mulai Tahun Ini
https://2.bp.blogspot.com/-qACH-C90M-M/WKLFmJHPDjI/AAAAAAAACyc/bcoZbedD6zwLsCo6Ue76Tnhbm00Lg3G8gCLcB/s400/haji.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-qACH-C90M-M/WKLFmJHPDjI/AAAAAAAACyc/bcoZbedD6zwLsCo6Ue76Tnhbm00Lg3G8gCLcB/s72-c/haji.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/indonesia-naik-kos-haji-mulai-tahun-ini.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/indonesia-naik-kos-haji-mulai-tahun-ini.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy