PAS Kena Tegur Dengan Mufti DAP

Regim tokong DAP Guan Eng telah menasihati PAS agar bercakap benar dan jangan membuat fitnah.Guan Eng juga mengingatkan kepada PAS aka...







Regim tokong DAP Guan Eng telah menasihati PAS agar bercakap benar dan jangan membuat fitnah.Guan Eng juga mengingatkan kepada PAS akan dosa fitnah yang cukup besar kerana dengan sewenangnya membuat tuduhan.

Jika PAS merasakan bahawa apa yang tokong DAP itu katakan adalah tidak benar,maka haruslah PAS saman sahaja DAP dan jangan dibiarkan maruah PAS tercalar.

Malah tokong DAP mendedahkan PAS cukup lemah dalam mentadbir negeri Kelantan hingga terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat semata mata mahu membayar bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Kelantan.



Jika PAS tidak fitnah,mereka harus pertahankan dakwaan mufti tidak disambung kontrak adalah kerja tokong DAP.

Tahukah anda tokong DAP adalah seorang yang teramat jujur,berdedikasi dan pakar ekonomi hinggakan beliau mampu mendapatkan harga banglo terlajak murah dari harga pasaran.












KENYATAAN CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN ADALAH BENAR, BUKANNYA FITNAH.

1. Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (sehingga Disember 2015), saya menegaskan bahawa kenyataan wujudnya campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah yang direka.


2. Hal campur tangan politik ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Salah seorang ahli mesyuarat yang hadir ketika itu ialah Sohibul Fadhilah Us Hj Soid Mohd Amin (difahamkan sekarang beliau merupakan salah seorang AJK Parti Amanah Negara negeri P.Pinang). Selain beliau, ahli mesyuarat yang lain turut hadir mengikuti perbincangan tersebut.


3. Ketika PAS bersama dalam Pakatan Rakyat P.Pinang, isu ini juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang ketika Tuan Hj Mohd Sabu menjadi Pesuruhjaya PAS P.Pinang. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Tuan Hj Mohd Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Mesyuarat bersetuju supaya Tuan Hj Mohd Sabu sendiri mewakili PAS bagi menyuarakan bantahan melalui saluran dalaman Pakatan Rakyat.


4. Perlu diingatkan semua pihak, dalam apa jua keadaan, kepentingan Islam hendaklah mengatasi kepentingan politik. Berasaskan prinsip inilah PAS P.Pinang mengambil tindakan membangkitkan isu campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan, untuk meletakkan institusi mulia seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri pada tempat yang sepatutnya dan bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.


5. Oleh itu, perlu difahami bahawa isu ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk memusuhi pihak berkuasa agama, atau pihak pentadbir Kerajaan Negeri, bahkan jauh sama sekali untuk bertentangan dengan pihak Mufti Negeri P.Pinang atau para alim ulama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang sekarang.

6. Namun, jika pihak Exco Agama Kerajaan Negeri P.Pinang tetap berkeras mendakwa bahawa kenyataan ini adalah satu fitnah, beliau sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS P.Pinang.


Sekian, terima kasih.
AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN

Ketua Pemuda PAS Negeri P.Pinang

2Februari 2017



Jom kita tengok video tokong DAP memberi sedikit nasihat yang amat berguna kepada PAS dan juga tokong DAP cukup mahir berlakon … adakah rakaman video ini adalah salah satu aksi kungfu dan taichi tahap tertinggi yang semua orang boleh terbeli?

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: PAS Kena Tegur Dengan Mufti DAP
PAS Kena Tegur Dengan Mufti DAP
https://img.youtube.com/vi/7Y2sC6bmPXI/hqdefault.jpg
https://img.youtube.com/vi/7Y2sC6bmPXI/default.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/cm-shocked-over-pas-claims-on-mufti.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/cm-shocked-over-pas-claims-on-mufti.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy