Chatime Malaysia Menggunakan Bahan Tidak Diluluskan? Adakah Bahan Terlarang Ataupun Tidak Halal?

Penulis terkejut juga apabila mendengar cerita bahawa chatime Malaysia telah ditarik balik oleh francais dari Taiwan kerana menggunakan b...


Penulis terkejut juga apabila mendengar cerita bahawa chatime Malaysia telah ditarik balik oleh francais dari Taiwan kerana menggunakan bahan yang tidak diluluskan.

Yang menjadi persoalan sekarang,bahan yang tidak diluluskan itu bahan apa?Ada juga penulis dengar-dengar bahawa bahan itu adalah bahan terlarang...harap ianya hanya spekulasi sahaja dan La Kaffa pula tidak menjelaskan barang terlarang itu.

Baru-baru ini Syarikat pemilik francais Taiwan, La Kaffa, yang popular dengan rangkaian jualan minuman teh, Chatime, mendedahkan sebab ia membatalkan perjanjian dengan syarikat Malaysia Loob Holding, yang membawa jenama itu ke negara ini.

Menurut La Kaffa, seperti yang dilapor dalam portal berita Channel News Asia pada Khamis, Loob Holding ‘menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resipi yang diluluskan’.

Menurut mereka, tindakan itu adalah ‘kesalahan serius berdasarkan perjanjian’ yang ‘boleh dan mungkin menjejaskan imej jenama, dan menyebabkan kerugian besar kepada pemegang francais’.

Difahamkan, Loob juga tidak melunaskan yuran royalti dalam waktu yang ditetapkan.

“Sejumlah wang masih belum dilunaskan kepada La Kaffa dalam satu tempoh, dengan sebahagian daripadanya tertangguh lebih setahun,” kata La Kaffa.

Malaysia merupakan pasaran Chatime terbesar di luar Taiwan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, di bawah syarikatnya, rangkaian kedai di Malaysia membentuk 50 peratus daripada keuntungan global Chatime.

Portal tersebut yang menghubungi Loob sebelum ini diberitahu syarikat itu menyifatkan keputusan penarikan lesen francais itu satu tindakan terburu-buru dan satu laporan polis telah dibuat berikutan pembatalan perjanjian yang tidak mengikut undang-undang.

Loob juga berkat akan memperkenalkan jenama baharu yang akan menggantikan Chatime di semua 165 cawangannya di Malaysia.

La Kaffa juga telah melaksanakan tindakan undang-undang, yang antara lain mendakwa Loob tidak memberi kerjasama.

“Kami akan melantik firma undang-undang untuk menguruskan hal ini kerana Loob Holding mengambil keputusan untuk tidak memberi maklum balas kepada permintaan kami untuk berunding,” kata La Kaffa.

Tambah syarikat itu, konsumer Malaysia boleh terus menikmati minuman Chatime sementara La Kaffa mencari rakan kerjasama baharu.

Tetapi lain pula cerita dari Loob Holding :

Loob Holding menjawab dakwaan La Kaffa

Bekas pemegang francais untuk jenama minuman the Chatime Malaysia, Loob Holding, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemilik francais dari Taiwan, La Kaffa, mengenai pembatalan perjanjian antara mereka.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, dakwaan itu disifatkan Loob sebagai ‘tidak benar dan berniat jahat’.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan palsu dan berniat jahat oleh La Kaffa dalam kenyataan media pada 3 Februari 2017,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dakwaan bahawa Loob menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resipi yang diluluskan, telah disalah tafsir.

“Dakwaan tentang ‘bahan mentah’ yang digunakan ‘tanpa mengikut resipi yang diluluskan’ memberi tanggapan bahawa kualiti produk Chatime di Malaysia telah dikompromi.

“Semua ini tidak benar, Ini bukan sebahagian daripada pertelagahan dengan La Kaffa,” ujarnya.

La Kaffa telah membatalkan perjanjian dengan Loob bulan lalu dan menyatakan ia akan mengambil alih operasi bisnes dan pembangunan Chatime Malaysia serta-merta berikutan ketidaksefahaman hala tuju perniagaan.

Sementara itu, berkenaan dakwaan ‘pembayaran tertunggak’, menurut Loo, jika ada jumlah seperti yang dikatakan, ia tentunya akan dilunaskan.

"Syarikat telah membuat pelaburan awal untuk mendapat pegangan francais 30 tahun yang berakhir pada tahun 2041.

“Ini adalah bukti bahawa syarikat kami mempunyai komitmen francais jangka panjang. Syarikat juga tidak akan bertindak sesuatu yang menjejaskan pelaburan,” ujar Loo.

Penulis pun tak pasti siapa yang betul...siapa yang tak.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Chatime Malaysia Menggunakan Bahan Tidak Diluluskan? Adakah Bahan Terlarang Ataupun Tidak Halal?
Chatime Malaysia Menggunakan Bahan Tidak Diluluskan? Adakah Bahan Terlarang Ataupun Tidak Halal?
https://2.bp.blogspot.com/-QOnWe41u2Ag/WJk7cqHTPXI/AAAAAAAACpk/XVKbKF60u4giEfGIsrcOqNzaTSdYptRBACLcB/s400/chatime.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-QOnWe41u2Ag/WJk7cqHTPXI/AAAAAAAACpk/XVKbKF60u4giEfGIsrcOqNzaTSdYptRBACLcB/s72-c/chatime.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/chatime-malaysia-menggunakan-bahan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/chatime-malaysia-menggunakan-bahan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy