Bolehkah Bersatu Tumbangkan BN Di Kedah Pada PRU-14

UMNO / Barisan Nasional (BN) Kedah kena berkerja lebih keras untuk mengekalkan kemenangan pada PRU-14 nanti.Dilihat peluang untuk pihak p...


UMNO / Barisan Nasional (BN) Kedah kena berkerja lebih keras untuk mengekalkan kemenangan pada PRU-14 nanti.Dilihat peluang untuk pihak pembangkang menguasai Kedah semakin cerah dengan kemunculan parti yang memiliki ikon negeri berkenaan iaitu mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathir,mahu tidak mahu perlu diakui kedua-dua mereka masih mempunyai pengaruh di Kedah.

Sememangnya ketika ini di atas kertas, sama ada hendak diakui atau tidak, pemerhati politik meletakkan Kedah adalah salah sebuah negeri yang BN perlu melalui laluan sukar untuk mempertahankan kekuasaan, dalam bahasa mudah setakat ini – BN dikategorikan akan tewas di negeri tersebut.

Misi BN adalah untuk mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu hanya tiga kerusi sahaja boleh dianggap BN selesa iaitu DUN Ayer Hangat, Kuah dan Bukit Kayu Hitam. Selebih­nya atau 18 kerusi lagi kedudukan BN bukan berada dalam keadaan selesa.

Daripada 18 kerusi tersebut tiga kerusi iaitu DUN Belantek, Bakar Bata dan Kulim berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ apabila memperoleh undi majoriti di bawah 1,000 undi. Sebanyak 15 kerusi DUN lagi, BN menguasai dengan majoriti di bawah 3,000 undi. Dalam situasi politik sekarang perolehan undi seumpama itu bukanlah ‘sesuatu yang boleh dianggap selamat’.

Dari semasa ke semasa MB Kedah perlu mengetengahkan satu demi satu perancangan bagi memajukan Kedah biarpun terpaksa berhadapan dengan serangan politik yang bertali arus daripada pakatan pembangkang.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bolehkah Bersatu Tumbangkan BN Di Kedah Pada PRU-14
Bolehkah Bersatu Tumbangkan BN Di Kedah Pada PRU-14
https://3.bp.blogspot.com/-RM09lzPJIsc/WKUqd7WK8nI/AAAAAAAAC0Q/hzNdg4qXFF03m0ruKBhaeyOviQOkrxyBACLcB/s400/ppbm.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-RM09lzPJIsc/WKUqd7WK8nI/AAAAAAAAC0Q/hzNdg4qXFF03m0ruKBhaeyOviQOkrxyBACLcB/s72-c/ppbm.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/bolehkah-bersatu-tumbangkan-bn-di-kedah.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/bolehkah-bersatu-tumbangkan-bn-di-kedah.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy