Bilakah Neelofa Bersedia Untuk Menjadi Seorang Isteri?

Pelakon,pengacara dan juga usahawan berjaya sudah cukup rasanya bagi Neelofa untuk mengecapi kejayaannya selama ini,Namun begitu Neelofa ...


Pelakon,pengacara dan juga usahawan berjaya sudah cukup rasanya bagi Neelofa untuk mengecapi kejayaannya selama ini,Namun begitu Neelofa tidak pernah terpalit dengan kenyataan yang dia sebenarnya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri.

Apa pun bagi Neelofa semuanya berbalik kepada soal jodoh.Malah beliau sendiri tidak tahu bila sebenarnya dia akan bernikah.

“Memang saya ada luahkan impian saya untuk berkahwin, malah saya sudah bersedia ke arah itu. Namun sama ada tahun ini atau dua tiga tahun lagi saya tidak tahu.

“Apa yang boleh saya doa kini bila sudah sampai masanya, diharapkan agar semuanya dipermudahkan dan tiada halangan besar,” katanya jujur.

Tidak pernah penat untuk terus dikaitkan dengan Fattah Amin, kata Neelofa sebagai seorang pelakon menjadi tanggungjawabnya untuk melakukan kerja yang diamanahkan dengan baik.

Namun dalam masa yang sama perkara ini tidak seharusnya dijadikan punca atau sebab untuk mempersalahkan dirinya apabila ada pihak yang melihat hubungannya dengan Fattah seakan memberi harapan palsu kepada peminat mereka.

“Selepas ini juga saya dan Fattah akan terlibat dalam drama yang sama. Jadi tidak adil sebenarnya kalau ada pihak yang mahu salahkan kami sedangkan ini adalah tanggungjawab yang perlu kami lunaskan sebagai pelakon.

“Jujurnya kami tidak bertanggungjawab ke atas harapan dan anggapan orang di luar sana,” katanya.

Apa pun Fattah sendiri berani memberitahu lagu Wanita Terakhir ditujukan untuk Neelofa. Ternyata ada getar cinta yang terbit dalam jiwa lelaki ini. Bagaimana pula penerimaan Neelofa sendiri ke atas kejujuran Fattah itu?

“Saya melihat dia sebagai seorang lelaki yang sangat jujur dengan perasaannya. Bila dia pilih untuk berbuat demikian tiada siapa yang boleh hentikannya. Jadi saya tidak lihat perlunya orang di luar sana menghukum dia dalam hal ini,” kata Neelofa tenang.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bilakah Neelofa Bersedia Untuk Menjadi Seorang Isteri?
Bilakah Neelofa Bersedia Untuk Menjadi Seorang Isteri?
https://4.bp.blogspot.com/-hND32r8_J3w/WJQyIKZZBoI/AAAAAAAACkk/_rwaNCfSmcQiV4KK2qs0LXaG7QBpyOJcgCLcB/s400/neelofa.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-hND32r8_J3w/WJQyIKZZBoI/AAAAAAAACkk/_rwaNCfSmcQiV4KK2qs0LXaG7QBpyOJcgCLcB/s72-c/neelofa.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/bilakah-neelofa-bersedia-untuk-menjadi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/bilakah-neelofa-bersedia-untuk-menjadi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy