Ben Nathan Hidup Melarat

Bekas penyanyi era 1980-an, Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sekeping Hati dan Pe­nantian Satu Ilusi hidup sebagai gelandangan ...


Bekas penyanyi era 1980-an, Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sekeping Hati dan Pe­nantian Satu Ilusi hidup sebagai gelandangan di kaki lima sekitar ibu negara termasuk Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang, sejak lima tahun lalu.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat yang dimuat naik melalui akaun Facebook Mannin Mainthan Malaysia (MMM), keadaannya kelihatan amat jauh berbeza berban­ding penampilan ketika bergelar penyanyi terkenal dahulu.

Video berkenaan kini menjadi tular dan telah ditonton lebih 60,000 orang serta dikongsi hampir 1,400 orang.

Beliau yang pernah mencipta nama di arena hiburan tempatan suatu ketika dahulu dikatakan memeluk Islam dan menggunakan nama Ben Adam.

Dalam pada itu, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave berkata, beliau telah menemui Ben Nathan sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan dan turut menawarkan bantuan namun ditolak.

“Beliau kelihatan normal pada saya dan mengingati saya, bercakap kisah-kisah lama tetapi apabila saya menawarkan bantuan, beliau enggan mengikut saya dan memberikan pelbagai alasan.

“Kali kedua menemuinya di Brickfields, saya menawarkan pertolongan dan sekali lagi beliau memberikan alasan. Saya amat bersimpati dengannya. Beliau amat berbakat dan merupakan seorang penyanyi yang bagus,”






Jelas beliau, antara langkah yang akan diambil oleh pihaknya adalah menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon untuk me­nempatkan Ben Nathan di mana-mana rumah kebajikan.

DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah bertanggungjawab memujuk Ben menjalani rawatan selepas dipujuk selama lebih 30 minit di Brickfields.

Mengulas mengenai tahap kesihatan Ben berdasarkan tingkah laku dan cara percakapannya, DJ Dave berkata bekas penyanyi itu mempunyai daya ingatan yang kuat.

“Saya harap dia akan pulih sepenuhnya secepat mungkin kerana dia seperti tidak berhadapan masalah yang serius.

“Dia masih ingat nama saya, ingat nama adiknya yang turut bersama saya semalam dan bercerita mengenai apa yang pernah kami lakukan dahulu,” katanya.

Selain itu menurut DJ Dave, buat masa ini keluarga Ben bersetuju supaya dia ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.

“Selepas selesai rawatan di HKL, JKM akan ambil alih kes Ben. Mereka akan bantu dan pantau perkembangannya dari masa ke masa,” katanya.

Menurut DJ Dave lagi, YA1M kini sedang merancang untuk melancarkan kutipan dana bagi membantu Ben menerusi persembangan khas atau mini konsert.

“Kita akan buat persembahan khas untuk dia bagi mengutip dana. Tapi buat masa ini perkara paling penting ialah supaya dia diberikan rawatan.

“Saya mahu dia turut sama menyanyi dalam konsert itu nanti. Semalam dia menyanyi di depan kami, suara masih sedap malah ingat semua lirik lagunya dengan baik,” katanya.

“Ini adalah langkah terbaik boleh diambil setakat ini bagi memastikan nasib penyanyi tersebut mampu dibela memandangkan Ben enggan mene­rima bantuan dan pertolongan yang dihulurkan oleh saya.

“Bukan itu sahaja, mungkin JKM boleh membawa Ben untuk menerima rawatan di Hospital Bahagia sekiranya terbukti mempunyai masalah kesihatan mental,” ujarnya.

Menurutnya lagi, orang ramai juga diseru supaya berhenti daripada membuat andaian dan spekulasi mengenai kisah hidup Ben Nathan yang menyebabkannya kini hidup sebagai gelandangan.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Ben Nathan Hidup Melarat
Ben Nathan Hidup Melarat
https://3.bp.blogspot.com/-mApmw7AeAZA/WJRC-YXT5cI/AAAAAAAAClA/va8Gi-ADdeQ3Pq0Y83_uWl2Q7kihO_gWwCLcB/s400/ben.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-mApmw7AeAZA/WJRC-YXT5cI/AAAAAAAAClA/va8Gi-ADdeQ3Pq0Y83_uWl2Q7kihO_gWwCLcB/s72-c/ben.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/ben-nathan-hidup-melarat.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/ben-nathan-hidup-melarat.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy