Annuar Musa Hadir Ke SPRM Untuk Memberi Keterangan

Pengerusi Majlis Amanah Mara (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa hari ini hadir di...


Pengerusi Majlis Amanah Mara (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu tiba kira-kira jam 9 pagi, diiringi beberapa individu.

Beliau tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard dan terus memasuki Ibu Pejabat SPRM.

Annuar memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama empat jam yang berakhir jam 1 tengah hari.

Menurut Annuar, beliau telah memberikan semua maklumat dan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan berkenaan.

"Saya datang hari ini kerana tanggungjawab saya memberi keterangan dan kerjasama setelah saya difahamkan SPRM membuka kertas siasatan saya berpendapat saya bertanggungjawab memberikan sepenuh kerjasama. Saya cuba memberi apa-apa jua maklumat yang ada dalam pengetahuan saya dan selebihnya terserah kepada SPRM dan kumpulan penyiasatan mereka," katanya semasa ditemui media di luar pejabat SPRM di sini hari ini.

Isu penglibatan beliau dalam UniKL , PMB dan KAFA adalah antara penjelasan yang diberikan beliau sepanjang empat jam sesi memberi keterangan berkenaan.

Jelasnya, beliau melihat apa yang berlaku sebagai satu lumrah kehidupan dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

"Bola sepak Kelantan satu tanggungjawab diberikan oleh orang ramai dan dalam Mara juga diberi tanggungjawab orang ramai. Jadi setiap tanggungjawab tentu ada cabaran tertentu," katanya lagi.

Apa yang penting tegasnya, setiap tanggungjawab dilakukan adalah ikhlas dan bukan berniat untuk menyeleweng wang yang tidak sepatutnya dilakukan.

Justeru, beliau mengambil pendirian untuk membiarkan SPRM melakukan siasatan kerana perkara berkenaan tidak cukup dengan hanya membuat penafian.

"Jadi kita lakukan yang terbaik tetapi sebab tuduhan seleweng duit biasiswa , seleweng duit Mara, dan (dakwaan) memaksa penajaan dan sebagainya, kalau benar itu berlaku sangat buruk bagi seorang penjawat awam, wakil rakyat dan ahli politik cecah 60 tahun. Jadi kalau seleweng dana dan biasiswa, maka ia mesti disiasat kalau betul. Tak cukup dinafikan, biar ia disiasat. Jadi saya tak lari dari tanggungjawab," kata Annuar lagi.

Ditanya sama ada kemungkinan siasatan SPRM menjejaskan kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Ketereh, tegasnya, perkara berkenaan adalah isu berbeza.

"Itu isu berbeza, dan terpulang kepada orang ramai. Yang penting, saya kena sempurnakan tugas saya kepada SPRM. Sebab itu sebaik balik, saya tinggalkan kerja lain dan mesti datang beri kerjasama," jelas beliau.

Setakat ini katanya, beliau belum bertemu pucuk pimpinan parti, Datuk Seri Nakib Tun Razak.

"Apa yang sedang disiasat ini tiada kena mengena dengan Perdana Menteri. Yang ini saya pikul sendiri. Kenapa saya nak bebankan beliau? Yang dituduh itu saya sebab itu saya bila diajak jumpa PM dulu pun saya tidak mahu kerana tidak mahu orang buat tuduhan bukan-bukan," kata beliau.

Beliau pada masa sama bersedia ke pejabat SPRM sekali lagi jika diperlukan.

Annuar sebelum ini berkata beliau secara sukarela untuk tampil memberikan kerjasama kepada SPRM bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu tajaan Pasukan Bola Sepak Kelantan TRW.
Mara Selasa lalu, memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan PMB berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat Mara yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku Dr Yusof.

Mesyuarat tergempar yang diadakan itu susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan TRW.

Ketika keputusan penggantungan itu dibuat, Annuar berada di New Zealand turut mengakui tidak tahu menahu berkenaan mesyuarat khas Ahli Majlis MARA yang diadakan pada hari berkenaan.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Annuar Musa Hadir Ke SPRM Untuk Memberi Keterangan
Annuar Musa Hadir Ke SPRM Untuk Memberi Keterangan
https://3.bp.blogspot.com/-FAsoIMY-Ses/WJQ0VG8S94I/AAAAAAAACkw/J7oJUgUPE9cbsBFb8aF0BSCazbo-HLlfACLcB/s400/annuar-musa-681x511.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-FAsoIMY-Ses/WJQ0VG8S94I/AAAAAAAACkw/J7oJUgUPE9cbsBFb8aF0BSCazbo-HLlfACLcB/s72-c/annuar-musa-681x511.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/annuar-musa-hadir-ke-sprm-untuk-memberi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/annuar-musa-hadir-ke-sprm-untuk-memberi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy