12 rakyat Malaysia dicekup

SYDNEY 9 Feb. - Sebanyak 27 orang pekerja ladang haram termasuk 12 rakyat Malaysia diberkas dalam satu serbuan oleh Pasukan Sempadan Aust...


SYDNEY 9 Feb. - Sebanyak 27 orang pekerja ladang haram termasuk 12 rakyat Malaysia diberkas dalam satu serbuan oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) di sebuah ladang strawberi di Stanthorpe, Southern Queensland, kelmarin.

Portal Courier Mail melapor­kan, kesemua suspek ditahan atas kesalahan tinggal melebihi tempoh visa ditetapkan dan me­langgar syarat visa.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.45 pagi itu, sebanyak 30 anggota ABF mengepung blok penginapan pekerja sebelum menye­rahkan waran untuk menggeledah premis itu.

Seorang wanita yang tidak mempunyai pasport didapati bersembunyi di bawah katil manakala penghuni asrama lain dibawa ke bahagian dapur premis bagi tujuan pemeriksaan pasport.

Hasil pemeriksaan mendapati, 13 daripada 27 pekerja ladang ha­ram itu didapati tinggal melebihi tempoh visa manakala 14 yang lain melanggar peratusan visa.

Dalam pada itu, video serbuan terbabit yang disiarkan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan merakamkan klip seorang lelaki memberitahu pegawai imigresen bahawa dia sudah berada di Australia selama dua tahun dengan menggunakan visa selama tiga bulan.

“Anda sudah berada di Austra­lia tanpa visa untuk satu tempoh yang lama dan kami temui anda di sebuah ladang,” kata pegawai itu kepada pekerja berkenaan.

Sementara itu, Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton yang dipetik portal sbs.com.au berkata, kumpulan pekerja ladang yang ditahan tersebut mungkin diusir dari negara ini.

“Kerajaan Australia serius untuk memastikan integriti ke atas program visa dan akan meneruskan usaha mengesan individu dan syarikat yang terlibat dalam penipuan visa, bekerja tanpa permit dan menipu warga asing,” kata Dutton.

Jabatan Imigresen Australia tahun lalu membatalkan lebih 60,000 visa atas pelbagai kesalahan dengan 15,000 visa dibatalkan kerana tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif November tahun lalu mendedahkan ribuan rak­yat Malaysia bekerja di ladang-­ladang di Australia.

Mereka didapati teraniaya dan terjerat dalam sistem perhambaan era moden akibat manipulasi pihak tertentu yang mengaut keuntungan dengan menipu warga asing yang mengharapkan gaji lumayan dengan bekerja di ladang-ladang Australia.

-sumber

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 12 rakyat Malaysia dicekup
12 rakyat Malaysia dicekup
https://2.bp.blogspot.com/-YlKpbwqEVzU/WJ0rjwQ3FmI/AAAAAAAACtc/4PpNjJjP26Y5ZOxexY7eyCJp6ERs6QmngCLcB/s400/image.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-YlKpbwqEVzU/WJ0rjwQ3FmI/AAAAAAAACtc/4PpNjJjP26Y5ZOxexY7eyCJp6ERs6QmngCLcB/s72-c/image.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/12-rakyat-malaysia-dicekup.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/12-rakyat-malaysia-dicekup.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy