10 Cara Meregangkan Otot Anda Dalam Membina Badan

Lelaki zaman kini dilihat semakin ramai mula menarik minat untuk mendapatkan susuk badan yang sasa. Ini adalah satu perkembangan baik dal...


Lelaki zaman kini dilihat semakin ramai mula menarik minat untuk mendapatkan susuk badan yang sasa. Ini adalah satu perkembangan baik dalam kesihatan masyarakat seterusnya dapat mengurangkan risiko obesiti yang malangnya semakin meningkat di negara kita.

Faktor kesibukan kerja harian dan masa yang tidak mengizinkan kerap menjadi penghalang kepada kaum lelaki zaman ini untuk “work out” di gym. Tetapi usah risau, kata pepatah selagi ada kemahuan, disitu pasti ada jalan.

nasionalkini telah mendapatkan 10 tip untuk merenggangkan otot-otot setelah selesai menghabiskan work out.Boleh dikatakan semua otot anda berada dalam keadaan kurang selesa.Walaupun sakit,anda mungkin berpuas hati kerana mampu menghabiskan senaman dengan begitu dedikasi.

Namun terdapat satu perkara penting yang anda lupa ialah untuk merehatkan otot (muscle relaxation).Bukan sahaja anda perlu merangsang otot untuk membesar,tetapi otot juga memerlukan rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.

Disini terdapat cara untuk merehatkan otot selepas bersenam.

1. Bernafas

Sebaik-baiknya,teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau menyejukkan badan dalam sesi senaman.Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan.

Tarik nafas dengan perlahan,bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan.Lakukannya berkali-kali.Ketika menghembus nafas,bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar dari tubuh badan.

Bernafas begini dapat membantu meningkatkkan tahap kepekaan tubuh dan minda,selain menumpukan tenaga anda kepada proses merehatkan otot.

2. Senaman Regangan

Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot.Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat hangat dan senang dilenturkan.

Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat.Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur

Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena?Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental,malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya.Mengurangkan waktu tidur mengurangkan proses pemulihan,selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari.Jika masa mengizinkan,lelapkan mata seketika selama 20 minit pada waktu petang.

4. Perancangan Masa Yang Betul

Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman,jika jadual harian tidak diatur sebaiknya,otot anda tidak akan pulih secara optima.Hasilnya anda akan sakit dan otot menjadi tegang.

Apabila merancang untuk menyertai sebarang senaman berat,pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya selama sehari bagi mendapat rehat secukupnya.

Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep,pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.





5. Urutan

Urutan merupakan antara cara terbaik untuk melegakkan otot.Dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang benar-benar pakar dan lakukan urutan seluruh badan.

Teknik ini boleh melegakkan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan.Ketika mengurut,fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian Sauna

Mandian sauna meningkatkan suhu tubuh,sekali gus melancarkan peredaran darah,selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otot.Sebaiknya mandian sauna dilakukan selepas habis senaman atau beberapa jam kemudiannya.

Teknik ini juga merupakan cara yang baik dan rileks dan melegakan tubuh secara psikologi.Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit,tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.

Jika anda mahu,lakukan juga senaman regangan yang ringkas,memandangkan otot berada dalam keadaan sangat fleksibel.

7. Meditasi

Selain bagus untuk melegakan tekanan,meditasi juga boleh merilekskan otot.Lakukan meditasi sebelum tidur kerana ia dapat memfokuskan tenaga mental dan menyediakan tubuh untuk berehat.Duduk di dalam bilik yang gelap,sunyi dan duduk dengan kaki bersilang.Boleh juga baring sahaja dan atur pernafasan.

8. Minum Teh Hijau


Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan kedalam rutin harian.Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.


9. Akupuntur
Rawatan purba cina ini juga boleh diaplikasikan.Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot.Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.

10. Senaman Kardio Ringan

Selepas mengangkat beban berat,lakukan senaman kardio ringan untuk melegakan otot.Ia mampu meningkatkan peredaran darah,memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang.

Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman.Ingat,pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh.

Selepas menjalankan sesi senaman,pastikan anda merehatkan otot.Masukkan teknik-teknik di atas ke dalam rutin harian,otot anda tentu akan pulih dan lega dengan lebih pantas.

Selamat mencuba.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 10 Cara Meregangkan Otot Anda Dalam Membina Badan
10 Cara Meregangkan Otot Anda Dalam Membina Badan
https://3.bp.blogspot.com/-ctpysdMrMO8/WK0TqQwpJeI/AAAAAAAAC4o/EUIoqBVCTVswvCukmo1WA9UBisd7J2KlACLcB/s400/gym1.png
https://3.bp.blogspot.com/-ctpysdMrMO8/WK0TqQwpJeI/AAAAAAAAC4o/EUIoqBVCTVswvCukmo1WA9UBisd7J2KlACLcB/s72-c/gym1.png
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/02/10-cara-meregangkan-otot-anda-dalam.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/02/10-cara-meregangkan-otot-anda-dalam.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy