Turn M Guna Isu Perkauman Semata-Mata Meraih Sokongan Politik

Pandangan Turn M terhadap pelaburan dari China sudah tentu boleh melemahkan penguasaan politik tanahair adalah tidak berasas kerana kemas...


Pandangan Turn M terhadap pelaburan dari China sudah tentu boleh melemahkan penguasaan politik tanahair adalah tidak berasas kerana kemasukan pelabur asing berlaku sejak dahulu lagi.Ketika zaman pemerintahan Turn M menjadi perdana menteri telah banyak berlaku pemindahan hak pemilikan hartanah secara besar-besaran kepada warganegara Singapura dan China.(Lupa ke)!

Namun apa yang cuba dibawa oleh turn M dalam menjawab pertanyaan Sultan adalah sekadar 'tekaan' beliau secara peribadi dan menyuntik kebencian dikalangan rakyat bahawa pendatang cina amat merbahaya kepada negara ini berdasarkan kekacauan politik yang terhasil daripada orang cina sedia ada melalui parti politik Dap.

Jika benar turn M bimbang,kenapa beliau kini bekerjasama dengan Dap?

Sebenarnya turn M hanya mahu mencari pengaruh untuk meraih undi pilihan raya sebagaimana taktik Dap yang sering menggunakan isu perkauman.

Walaupun dilihat cabaran ekonomi semakin tinggi,pelabur dari China bukan sahaja melabur di negara kita malahan di negara-negara Arab juga.

Jika ada dikalangan anda yang pernah pergi kena negara Arab cuba lihat ada banyak syarikat-syarikat China melabur di sana dan syarikat mereka juga membina bangunan-bangunan untuk agensi kerajaan.

Isu kritikan turn M kepada pelabur China di negeri Johor telah membuatkan Sultan Ibrahim tersinggung.

Dalam isu Forest City ternyata tujuan pembangunan itu mensasarkan kepada pembeli warganegara asing selaras dengan peraturan2 pemilikan hartanah.

Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang berkemampuan,pun boleh dan mempunyai peluang untuk memiliki hartanah di luar negara.

Turn M sendiri ada hartanah diluar negara,termasuk sebuah mahligai di London,Vancouver,.Florida dan turn M juga memiliki sebuah ladang di Ranch,Argentina.

Jadi apa yang turn M nak kisahkan sangat dengan pelaburan China ke Malaysia?

"Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

"Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr Mahathir dan penyokongnya.

"Namun Dr Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. Beliau mendakwa kira-kira 700,000 rakyat China akan tinggal di JB dan taraf kewarganegaraan akan diberikan dan sebilangan besar tanah telah dijual kepada China.

"Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British,"

Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berniat untuk campur tangan dalam politik tetapi perlu menyatakan kebenaran kerana fakta mengenai isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai niat tidak betul.

"Biar beta tanya kepada beliau - Forest City akan dibina dia atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.

"Saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.

"Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.

"Di sini, kita ada Dr Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis," titah Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut bertitah urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Titahnya, SP Setia, sebuah syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembinaan apartmen di Battersea Power Station di London dan kerajaan British turut mengalu-alukan projek dan pelaburan di bandar baharu itu.

"Adakah Dr Mahathir atau anak-anaknya memiliki hartanah di luar negara?," soal Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ramai pelabur datang ke Forest City turut mendapat manfaat daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dilancarkan pada tahun 2002 semasa dibawah pentadbiran Dr Mahathir.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, beliau telah meminta rakyat Malaysia untuk pandang ke Timur tetapi sekarang beliau mengkritik apabila pelabur Malaysia datang ke sini untuk melabur," titahnya.

 

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Turn M Guna Isu Perkauman Semata-Mata Meraih Sokongan Politik
Turn M Guna Isu Perkauman Semata-Mata Meraih Sokongan Politik
https://2.bp.blogspot.com/-KquzU7nfIP4/WH7kP1ahypI/AAAAAAAACYs/l8WLMqUdJ0k9s4KJMYWNtCJy0418sL_DgCLcB/s400/sultan-johor-mahathir1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-KquzU7nfIP4/WH7kP1ahypI/AAAAAAAACYs/l8WLMqUdJ0k9s4KJMYWNtCJy0418sL_DgCLcB/s72-c/sultan-johor-mahathir1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/turn-m-guna-isu-perkauman-semata-mata.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/turn-m-guna-isu-perkauman-semata-mata.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy