Trump Secara Rasmi Batalkan TPP

Washington - Presiden Donald Trump secara rasmi membatalkan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasific (TPP) dengan menandatangani perintah ek...


Washington - Presiden Donald Trump secara rasmi membatalkan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasific (TPP) dengan menandatangani perintah eksekutif hari ini.

Keputusan itu sekali gus memenuhi janji yang pernah dibuat semasa kempen presiden dan menepati ikrar yang mahu mendahulukan Amerika.

Perjanjian perdagangan itu adalah polisi Asia semasa pemerintahan Barack Obama, didakwa Trump sebagai satu perjanjian berat sebelah.

“Apa yang kami lakukan tadi adalah perkara terbaik untuk pekerja Amerika,” kata Trump selepas menurunkan tandatangan itu di Pejabat Oval.

Perintah eksekutif  bagi membatalkan TPP itu adalah simbolik besar memandangkan perjanjian itu tidak disahkan oleh Kongres Amerika Syarikat.

Semasa kempen presiden, Trump mengkritik TPP yang disifatkan sebagai potensi bencana kepada Amerika Syarikat kerana ia menjejaskan sektor pembuatan di negara itu.

TPP adalah perjanjian perdagangan yang meliputi 40 peratus ekonomi dunia yang menjalani rundingan pada tahun 2015.

Selain Amerika Syarikat, negara lain yang terlibat ialah Jepun, Malaysia, Australia, New Zealand, Kanada dan Mexico,

TPP bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi dan merangsang pertumbuhan termasuk mengurangkan tarif-tarif.

Perjanjian itu disokong kuat oleh perniagaan-perniagaan Amerika Syarikat, dilihat berpotensi untuk mewujudkan pasaran tunggal seperti Kesatuan Eropah.

Tindakan eksekutif adalah hanya satu sebahagian daripada usaha pentadbiran Trump untuk menumpukan perhatian kepada rancangan radikal membentuk semula dasar perdagangan Amerika Syarikat, menjadikannya lebih kukuh.

Presiden baharu Amerika Syarikat itu juga mengancam untuk mengenakan tarif perdagangan sebagai satu cara untuk memulihkan pembuatan Amerika dan memaksa syarikat-syarikat negara itu agar tidak menjalankan operasi pengilangan di luar negara.

Selepas menandatangan perintah itu, Trump juga mengumumkan untuk mengurangkan dana bagi kumpulan-kumpulan antarabangsa yang membabitkan pengguguran dan membekukan pengambilan beberapa pekerja persekutuan.

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Trump Secara Rasmi Batalkan TPP
Trump Secara Rasmi Batalkan TPP
https://1.bp.blogspot.com/-rQDxpDcOVUk/WIbrG6Yl-3I/AAAAAAAACf8/JuFG0nrSrIEbeRp3xGOWiFh7i1EeFsfZwCLcB/s400/Trump-TPP-640x360.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-rQDxpDcOVUk/WIbrG6Yl-3I/AAAAAAAACf8/JuFG0nrSrIEbeRp3xGOWiFh7i1EeFsfZwCLcB/s72-c/Trump-TPP-640x360.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/trump-secara-rasmi-batalkan-tpp.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/trump-secara-rasmi-batalkan-tpp.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy