Tahniah! Mohd. Faiz Subri pemain Penang FA baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah FIFA Puskas Award 2016 di Zurich, Switzerland

Kejayaan Mohd Faiz Subri dinobatkan pemenang Anugerah Puskas 2016 sememangnya mengundang rasa bangga dari kalangan rakyat Malaysia. Ter...


Kejayaan Mohd Faiz Subri dinobatkan pemenang Anugerah Puskas 2016 sememangnya mengundang rasa bangga dari kalangan rakyat Malaysia.

Ternyata dalam kesuraman suasana bola sepak di negara ini,kemenangan Faiz setidak-tidaknya memberi sedikit kegembiraan dan harapan buat pencinta bola sepak tanah air.

Di laman sosial,perasaan bangga dikongsi bukan sahaja dari kalangan pemain bola sepak malahan peminat dan juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga turut berkongsi kegembiraan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 memberi inspirasi kepada pemain bola sepak negara.

Perdana Menteri berkata kejayaan yang dicipta penyerang Pulau Pinang itu melalui hasil keunikan sepakan percuma, pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) juga mengharumkan nama Malaysia.

“Tahniah Faiz Subri! Kejayaan anda dlm #FIFAPuskasAward 2016 akan beri inspirasi kepada semua pemain bola sepak Malaysia dan juga harumkan nama negara!,” katanya dalam laman Facebook dan Twitternya hari ini.








Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berkongsi dilaman twitter dan facebook berkata, “Tahniah Faiz Subri memenangi FIFA PUSKAS Award 2016. Alhamdulillah berkata usaha membuahkan hasil, harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,"

Sementara itu, segenap lapisan masyarakat Malaysia tidak melepaskan peluang melalui media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Mohd Faiz selepas pengumuman tersebut

Ia termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam akaun Twitternya, yang berkata tiada ucapan tahniah yang boleh menggambarkan kebanggaan negara terhadap pencapaian penyerang Pulau Pinang itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dalam akaun Twitternya berkata: “Tahniah Faiz (Congratulation Faiz). We salute you (Kami tabik anda)”.

Pengguna Twitter, @aiemiemyra berkata ia adalah berbaloi untuk menunggu di hadapan televisyen untuk mendengar ucapan daripada Mohd Faiz.

Seorang lagi pengguna Twitter, @jimmylajim berharap pencapaian Mohd Faiz itu dapat memberi inspirasi kepada ramai pemain bola sepak muda Malaysia untuk meraih pengiktirafan antarabangsa pada masa depan.


Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Mohd Faiz menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Tahniah! Mohd. Faiz Subri pemain Penang FA baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah FIFA Puskas Award 2016 di Zurich, Switzerland
Tahniah! Mohd. Faiz Subri pemain Penang FA baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah FIFA Puskas Award 2016 di Zurich, Switzerland
https://1.bp.blogspot.com/-OZPDX7BUO6c/WHRNMrsYj1I/AAAAAAAACPI/JvGL9czIsXQb6L-QzcR9jZdzEmGdt2sQgCLcB/s400/faiz1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-OZPDX7BUO6c/WHRNMrsYj1I/AAAAAAAACPI/JvGL9czIsXQb6L-QzcR9jZdzEmGdt2sQgCLcB/s72-c/faiz1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/tahniah-mohd-faiz-subri-pemain-penang.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/tahniah-mohd-faiz-subri-pemain-penang.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy