Surat Terbuka Dr Mahathir Yang Belum Disiarkan Oleh Media ?

1. Di dalam kepanasan isu semasa di negara ini, saya ingin membawa pembaca sekalian kepada satu isu pokok dalam perjanjian kerjasama Pakatan...

1. Di dalam kepanasan isu semasa di negara ini, saya ingin membawa pembaca sekalian kepada satu isu pokok dalam perjanjian kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan PPBM yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini.


2. Tetapi isunya sangat besar dan boleh ditafsirkan sebagai cubaan PH dan PPBM untuk menghina dan mengubah Perlembagaan Malaysia yang sedia ada.

3. Malah Tun Dr Mahathir sendiri terpaksa berdolak dalih cuba untuk menjawab. Tetapi jawapan beliau itu tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan. Akan saya jelaskan dan hairannya, perkara ini tidak pernah menjadi berita!

4. Isunya ialah tentang perenggan 1 di dalam perjanjian PH - PPBM:

    BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara - perkara berikut:

    1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

    i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3;


5. Persoalannya, apakah benar Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia 'sejajar' seperti yang digariskan dalam perjanjian tersebut atau Pakatan Pembangkang telah mengubah Perlembagaan mengikut cita selera mereka?

6. Jika kita rujuk Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia :

    Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

    (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.  


7. Perkara 3 (1) Perlembagaan juga menggunakan perkataan 'tetapi' bukannya 'dan' seperti di dalam perjanjian PH - PPBM. 'Tetapi' adalah satu penggunaan perkataan yang membezakan agama Islam daripada agama-agama lain.

8. Tidak ada perkataan 'bebas' di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia. Yang ada hanya 'aman' dan 'damai' sahaja.

9. 'Bebas' yang ditokok tambah oleh Pembangkang ini juga telah melanggar Perkara 11 (2) Perlembagaan negara. Sebelum ini, saya telah menulis tentang Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan tiada 'kebebasan total' untuk agama-agama lain:

    (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

    (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

10. Mungkin bagi mereka yang malas untuk menilai akan menganggap bahawa ianya hanya perkataan sahaja dan tidak membawa apa-apa kesan.

11. Anggapan ini salah kerana pengubahsuaian intipati sebenar Perlembagaan Malaysia ini oleh PH dan PPBM ini membawa kepada pentafsiran yang jauh berbeza dan songsang jika dibandingkan dengan sebenarnya.

12. Menokok tambah perkataan 'bebas' atau 'dan' oleh Pakatan Pembangkang ini merupakan satu penghinaan, bukan sahaja terhadap Perlembagaan Malaysia tetapi terhadap ketinggian dan kemuliaan agama Islam.

13. Malah, Dr Mahathir sendiri terpaksa menjawab balik persoalan tentang pengubahsuaian Perlembagaan yang dibangkitkan oleh blogger Ahmad Ali Karim's Weblog.

14. Blogger remaja ini telah menulis beberapa artikel bahasa Inggeris yang menarik, padat dan berilmiah tentang perjanjian PH-PPBM yang melanggar Perlembagaan Malaysia. Impressive!

15. Untuk perhatian semua, blogger remaja berusia 13 tahun ini juga adalah salah seorang yang membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng DAP kerana kenyataan Guan Eng yang mengelirukan berbau hasutan tentang RUU335

16. Di antaranya beliau menulis:

    Are the opposition parties trying to rewrite the Article 3(1) in order to undermine Islam as the religion of the Federation?

    As the supreme law of the Federation, each word in the Articles of the Federal Constitution was chosen for a very specific reason.

    The Article 3(1) states that, “… other religions may be practiced in peace and harmony” or “agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai“ ; there is no such word as ‘bebas‘ in the clause, and adding the word ‘bebas‘ gives the Article a totally different meaning.

    Thus, it is a violation of the Article 3(1).

 17. Yang menariknya, blogger ini juga telah menyiarkan surat daripada Dr Mahathir Mohamad yang cuba menerangkan kesilapan besar perjanjian PH - PPBM:
18. Di antara jawapan blogger Ahmad Ali Karim kepada surat Dr Mahathir :

    I am sad to say that not only Tun M’s explanation does not answer my question, but it also makes the matter more confusing because the fact that the Article 3(1) is the Article that explains about Islam as the religion of the Federation and it’s position over other religions in Malaysia and not about the rights to convert to other religions...

    ... I do not mean to be rude but it seems like Tun M is confused about what is written in the Article 3(1) and therefore Tun M’s explanation about the reason for adding the word “bebas” is totally out of context, because adding the word “bebas” to the Article 3(1) means that the followers of other religions are given the freedom do anything they wish in the name of practising their religions even though if it disrupts the peace and harmony of the community.

19. Anda boleh baca artikel menarik blogger Ahmad Karim :

    a. https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/01/02/perjanjian-dap-pkr-pan-ppbm-untuk-meminda-perkara-31/

    b. https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/01/05/lagi-usaha-parti-pembangkang-menipu-umat-islam/

    c. https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/01/13/surat-balas-tun-m-tidak-menjawab-persoalan/

20. Dr Mahathir juga tersilap apabila menulis bahawa agama Islam adalah agama 'resmi'. Tidak ada perkataan 'rasmi' dalam Perlembagaan negara tetapi 'agama Islam adalah agama bagi Persekutuan'.

21. Persoalannya, bilakah PH - PPBM akan memansuhkan perenggan 1 dalam perjanjian mereka dan mengadakan satu lagi perjanjian baharu untuk menutup malu besar ini?

22. Ironinya, timbul persoalan sama ada perjanjian PH - PPBM ini disediakan oleh parti DAP?

23. Persoalan ini timbul kerana pengubahsuaian Perkara 3 oleh Pembangkang ini bersesuaian dengan citarasa parti DAP!

     Baca : http://novandri.blogspot.com/2016/12/lim-guan-eng-dap-berbohong-terlupa-atau.html

 
sumber dari :Dr Mim
 


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Surat Terbuka Dr Mahathir Yang Belum Disiarkan Oleh Media ?
Surat Terbuka Dr Mahathir Yang Belum Disiarkan Oleh Media ?
https://4.bp.blogspot.com/-zRYqwER74c4/WICJaTYmzbI/AAAAAAAACa4/H_revKNDfY4nMgUJrKrudamb8ujPAbetgCLcB/s400/tun%2Bm.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-zRYqwER74c4/WICJaTYmzbI/AAAAAAAACa4/H_revKNDfY4nMgUJrKrudamb8ujPAbetgCLcB/s72-c/tun%2Bm.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/surat-terbuka-dr-mahathir-yang-belum.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/surat-terbuka-dr-mahathir-yang-belum.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy