Siapakah Blogger Remaja Berusia 13 Tahun Yang Membuat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng berhubung kenyataan p...


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng berhubung kenyataan pemimpin itu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) yang dimuat naik ke laman blognya dua bulan lalu.

Ahmad Ali Abdul Karim, membuat laporan polis di pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 24 November tahun lalu setelah membaca artikel di laman blog Guan Eng yang dilihat mengeluarkan pernyataan mengelirukan terhadap RUU355 itu.

Menurut Ahmad Ali,dalam artikel tersebut Guan Eng telah mengeluarkan empat dakwaan berbaur hasutan membabitkan rang undang-undang tersebut.

“Antara dakwaan dibuat Guan Eng itu adalah menegaskan bahawa DAP menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan, jadi cubaan pindaan terhadap hukuman di bawah RUU355 itu mengarah ke arah hudud,” katanya menerusi artikel yang dimuat naik di laman blognya, https://ahmadalikarim.wordpress.com/2016/11/26/police-report-on-lim-guan-engs-false-statements baru-baru ini.

Selain itu dalam artikel tersebut katanya, Guan Eng turut memberi pandangan bahawa MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk dikritik kerana tidak berpegang pada janji dan prinsip mereka untuk bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan sanggup menyokong UMNO yang bekerjasama dengan Pas sehingga membelakangkan Perlembagaan negara bagi membolehkan RUU355 dipinda.

“Akhir sekali, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengulangi dakwaan beliau terhadap kegagalan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP meninggalkan Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekali gus ke arah mendekati perlaksanaan hudud,” katanya.

Sementara itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali telah melakukan kunjungan mesra kepada Ahmad Ali semalam susulan daripada laporan polis tersebut.

Kunjungan tersebut adalah untuk memberi semangat dan perangsang kepada Ahmad Ali di atas tindakan beraninya membuat laporan polis.

Ibrahim juga berjanji Perkasa akan membantu Ahmad Ali dalam apa juga bantuan yang termampu dalam menghadapi isu berkaitan laporan polis terhadap Guan Eng itu.

Selain itu, Ibrahim juga berharap tindakan berani Ahmad Ali akan menjadi peransang kepada seluruh umat untuk berani mempertahankan kemulian dan kesucian Islam dan memperkasakan tuntutan Syariat Islam sebagai tuntutan Allah SWT.



*** guan eng pun pening..


COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Siapakah Blogger Remaja Berusia 13 Tahun Yang Membuat Laporan Polis Terhadap Guan Eng
Siapakah Blogger Remaja Berusia 13 Tahun Yang Membuat Laporan Polis Terhadap Guan Eng
https://2.bp.blogspot.com/-hyBqSVQ7cko/WH2HVOex8DI/AAAAAAAACVs/BYM5xoP-xLksycq3qsk5YtbOrMkblJLngCLcB/s400/IBRAHIM_ALI.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-hyBqSVQ7cko/WH2HVOex8DI/AAAAAAAACVs/BYM5xoP-xLksycq3qsk5YtbOrMkblJLngCLcB/s72-c/IBRAHIM_ALI.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/siapakah-blogger-remaja-berusia-13.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/siapakah-blogger-remaja-berusia-13.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy