Rebat 50% PLUS Sempena Tahun Baharu Cina

Rebat tol sebanyak 50% akan diberi oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi pengguna kenderaan kelas 1 sempena cuti perayaan Tahun Baharu Ci...


Rebat tol sebanyak 50% akan diberi oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi pengguna kenderaan kelas 1 sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Tawaran itu diberikan kepada pengguna di Lebuhraya Utara Selatan dan Elite yang menggunakan kaedah membayar tol elektronik pada 27 dan 30 Januari serta 3 dan 4 Februari depan bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata pada hari itu, orang ramai perlu membayar tol pada kadar biasa dan rebat akan dimasukkan apabila tambah nilai dilakukan di mana-mana Pusat Perkhidmatan PLUS pada 15 Februari hingga 14 Mei ini.

“Ini adalah salah satu daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik yang lazimnya amat tinggi pada waktu siang dan membahagikan sebahagian daripadanya ke waktu malam hingga awal pagi,” katanya di sidang media pada Rabu.

Azman berkata, pihaknya menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan, peningkatan 15 peratus akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak.

“Justeru, pelbagai strategi telah diaturkan dalam menghadapi pertambahan jumlah kenderaan bagi menjamin keselesaan dan kelancaran perjalanan di lebuh raya.

“Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari puncak antara 26 Januari hingga 5 Februari turut dikeluarkan. Ia adalah pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, berkata orang ramai dinasihati untuk mengikuti waktu cadangan yang dikeluarkan PLUS.

Ia penting bagi memastikan kelancaran sepanjang perjalanan, dengan mengambil kira pertambahan jumlah kenderaan yang akan berada di atas jalan nanti.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Rebat 50% PLUS Sempena Tahun Baharu Cina
Rebat 50% PLUS Sempena Tahun Baharu Cina
https://2.bp.blogspot.com/-9YxF1EhE0k8/WH8gdDIo63I/AAAAAAAACZA/WIqvoOwKqgA12GZ1Ml4VGrqYFhyrG6omACLcB/s400/plazatol.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-9YxF1EhE0k8/WH8gdDIo63I/AAAAAAAACZA/WIqvoOwKqgA12GZ1Ml4VGrqYFhyrG6omACLcB/s72-c/plazatol.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/rebat-50-plus-sempena-tahun-baharu-cina.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/rebat-50-plus-sempena-tahun-baharu-cina.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy