Prospek Ekonomi Global Lebih Kukuh

Bank dunia meramalkan ekonomi global secara keseluruhan akan tumbuh sedikit lebih cepat sedikit pada tahun ini selepas mencatatkan pre...



Bank dunia meramalkan ekonomi global secara keseluruhan akan tumbuh sedikit lebih cepat sedikit pada tahun ini selepas mencatatkan prestasi paling teruk tahun lalu sejak krisis kewangan 2008.

Agensi yang mewakili pemberian pinjaman 189 negara semalam menyatakan,pertumbuhan global boleh berkembang pada kadar tahunan 2.7 peratus tahun ini.

Itu adalah lebih rendah daripada ramalan bank itu pada Jun,iaitu pertumbuhan 2.8 peratus tahun ini,tetapi adalah lebih baik daripada pertumbuhan 2.3 peratus pada tahun lalu.

Ekonomi global menghadapi beberapa halangan tahun lalu, daripada masalah ekonomi di China hingga kepada kegawatan pasaran kewangan.

“Kami berharap untuk melihat prospek ekonomi yang lebih kukuh,” kata Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim.

Laporan Prospek Ekonomi Global Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan 2.2 peratus di Amerika Syarikat, meningkat daripada ramalan kira-kira 1.6 peratus pada 2016.

Unjuran AS bagi 2016 adalah lebih rendah daripada unjuran pertumbuhan Jun iaitu 1.9 peratus, manakala prospek bagi tahun Ini adalah tidak berubah.

Pada tahun-tahun sejak krisis kewangan 2008, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa berulang kali terbukti terlalu optimistik dalam ramalan mereka.

Pertumbuhan AS pada separuh pertama tahun lalu adalah lemah apabila syarikat Amerika bergelut dengan kesan dolar yang kukuh, yang mengurangkan jumlah eksport.

Kejatuhan besar harga minyak mencetuskan pengurangan mendadak dalam perbelanjaan pelaburan oleh syarikat tenaga.

Di peringkat global, banyak negara membangun bergelut dengan kejatuhan harga komoditi yang mengurangkan pendapatan yang mereka terima daripada barangan terbabit.

Menurut Bank Dunia, pengeksport komoditi dalam pasaran baru muncul dan negara membangun lain seharusnya menyaksikan ekonomi mereka berkembang sebanyak 2.1 peratus pada tahun 2017 selepas meningkat 0.3 peratus dan hampir tidak dapat dilihat pada tahun 2016.

Unjuran baru itu menjangkakan harga komoditi akan pulih semula secara beransur-ansur serta Russia dan Brazil meneruskan pertumbuhan selepas mengalami krisis ekonomi tahun lalu.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Prospek Ekonomi Global Lebih Kukuh
Prospek Ekonomi Global Lebih Kukuh
https://4.bp.blogspot.com/-VKSFM9OjIeE/WHX0lEtZi8I/AAAAAAAACRY/QOxrv1tetp4UPMwGeQjM1OjfOkTVJ1sRwCLcB/s640/bankdunia.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-VKSFM9OjIeE/WHX0lEtZi8I/AAAAAAAACRY/QOxrv1tetp4UPMwGeQjM1OjfOkTVJ1sRwCLcB/s72-c/bankdunia.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/prospek-ekonomi-global-lebih-kukuh.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/prospek-ekonomi-global-lebih-kukuh.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy