Portal Spin Malaysiakini Sahkan Rafizi Banyak Berbohong Dan Memfitnah

Three stooges Malaysia dari pakatan pembangkang masing-masing bersaing untuk membuktikan siapakah tukang fitnah tersohor iaitu Lim Guan ...



Three stooges Malaysia dari pakatan pembangkang masing-masing bersaing untuk membuktikan siapakah tukang fitnah tersohor iaitu Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

Fitnah yang direka untuk menanam kebencian terhadap rakyat berkenaan isu Mrt dan sebagainya telah menyamakan beliau dengan badut atau pak lawak masakini.Agaknya Rafizi akan diserang penyakit sawan dan senggugut sekiranya tidak dapat berbohong dalam sehari.

Bukan kali pertama ahli Parlimen PKR Pandan ini di 'tangkap basah' kerana berbohong atau sengaja menyeleweng fakta.

Tapi yang menariknya adalah kali ini ia dilakukan oleh portal berita kesayangan pembangkang malaysiakini.com

Bagi pengundi Parlimen Pandan yang sayangkan Rafizi dan menganggap sebagai 'hero Pandan' mungkin tidak kisah dengan tindakan Rafizi malah beliau menerima sokongan kuat dari pengundi Pandan,apa saja tindakan beliau diluar sana yang mencerminkan kehendak rakyat dikawasan Pandan.

Selagi beliau dipilih sebagai wakil rakyat Pandan,selagi itulah pengundi Pandan dilihat sebagai pemakan taik dan kencing fitnah tegar dari Rafizi.

Malaysiakini tidak pernah gagal bersekongkol bersama Rafizi ,dari isu NFC hinggalah kepada serangan Rafizi terhadap Tabung Haji, kesemua fitnah Rafizi didapati bersalah oleh pihak mahkamah.Malah kesemua serangan fitnah satu ketika dilihat diseragamkan melalui team work.


Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) hari ini menganggap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pendek akal kerana tidak berpandangan jauh dan secara strategik terhadap pembinaan MRT Malaysia.

Sebaliknya kata pasukan itu dalam satu kenyataan media, Rafizi mementingkan diri sendiri dan menggunakan fakta tidak benar dalam mencetus kebencian kepada kerajaan walhal projek pengangkutan awam itu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Berikut adalah kenyataan penuh Pasukan Komunikasi Strategik BN yang dikeluarkan kepada media sebentar tadi:

Rafizi Akhiri 2016 Dengan Pendekatan 'Syok Sendiri'

1. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada wartawan Malaysiakini terdiri daripada Alyaa Azhar, Aidila Razak dan Nigel Aw yang membuat pengesahan fakta dalam persoalan mengenai projek MRT antara pihak kami dan Ahli Parlimen Pandan dari PKR, YB Rafizi Ramli.

2. Kami menggesa Malaysiakini dan pelbagai organisasi lain untuk meneruskan usaha seumpama ini iaitu membuat pengesahan fakta berikutan pihak pembangkang berterusan membuat pembohongan tanpa henti dalam usaha mereka menghasut rakyat demi kepentingan politik Pakatan.

Secara khusus, kami meminta Malaysiakini untuk turut membuat pemeriksaan fakta dalam persoalan yang diperkatakan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng mengenai lebihan bajet terkumpul kerajaan Pulau Pinang adalah berikutan penjualan tanah serta aset negeri adalah bagi menampung perbelanjaan pentabdbiran kerajaan Pulau Pinang yang meningkat sebanyak tiga kali ganda antara 2008 hingga 2015.

3. Pemeriksaan fakta oleh Malaysiakini turut mengesahkan apa yang diutarakan pihak kami terhadap pembohongan berterusan YB Rafizi melalui pelbagai kenyataan dan sidang media beliau. Antaranya ialah:

a) YB Rafizi secara jelas telah silap dengan mendakwa kos bagi MRT1 SBK ialah RM21 bilion bagi laluan sepanjang 21km walhal ia adalah bagi laluan 51km, lantas mendakwa kos bagi setiap kilometer adalah RM1 bilion. Ini jelas menunjukkan apa yang didakwa YB Rafizi terlebih kiraan iaitu sebanyak RM30 bilion.

b) YB Rafizi turut menggunakan satu projek terowong kosong di Barcelona dengan mendakwa ia adalah satu projek MRT lengkap dalam usahanya untuk membuat perbandingan seterusnya menuduh projek MRT Malaysia adalah lebih mahal daripada projek di Sepanyol itu.

c) YB Rafizi turut menggunakan maklumat daripada blog WordPress tidak sahih menggunakan nama ‘Pedestrian Observation’ di mana ia telah dibuktikan silap. Memburukkan keadaan lagi, YB Rafizi turut menggunakan maklumat secara berpilih melalui dua contoh paling murah daripada 25 contoh projek MRT sebagai usahanya untuk menuduh kerajaan terlebih bayar.

Satu-satunya bahagian di mana Malaysiakini telah mempersoal kenyataan kami ialah apabila mereka tidak bersetuju dengan kos yang disebutkan kami bagi projek laluan MRT Seoul. Bagaimanapun, kos yang dinyatakan Malaysiakini juga berbeza daripada apa yang disebut YB Rafizi. Untuk ini, kami tinggalkan isu ini dahulu.



4.Maka tidak hairanlah apabila YB Rafizi telah kalah dalam lima kes mahkamah, di mana kebanyakkannya adalah berikutan fitnahnya sendiri. Selain lima kes termasuk fitnah yang dibuat terhadap NFC, beliau juga menghadapi saman malu daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan Perdana Menteri.

5.Kerajaan telah menerima pelbagai pujian kerana berjaya menyiapkan satu projek pengangkutan awam yang begitu besar dalam tempoh masa dan bajet yang ditetapkan sejak 2010. Hanya ahli politik yang pentingkan diri sendiri dan pendek akal sahaja tidak akan nampak gambaran lebih besar atau manfaat kepada rakyat, dan bertambah buruk lagi, terus menggunakan penipuan untuk menyerang projek rakyat ini.

6. Sekali lagi, kami ucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana melakukan pemeriksaan fakta bagi mengesahkan apa yang telah kami utarakan. Adalah mengejutkan dan memalukan apabila seorang Ahli Parlimen sanggup bertindak sedemikian untuk memperdaya dalam usahanya untuk menghasut masyarakat untuk membenci kerajaan.

Kami dapati YB Rafizi tidak pula memohon maaf atau mengakui kesilapannya bagi tuduhan tidak bersandarkan fakta ini. Apapun, kami tidak terlalu berharap beliau akan ‘jujur’ untuk berbuat demikian.

Beliau turut berulangkali menggelar kami ‘hantu’ tetapi Malaysiakini sudahpun menunjukkan YB Rafizi ini lebih teruk daripada hantu.

 


Dengar kata Rafizi dah tubuh NGO dibawahnya untuk terus giat menyerang kerajaan..banyak betul duit Rafizi...

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Portal Spin Malaysiakini Sahkan Rafizi Banyak Berbohong Dan Memfitnah
Portal Spin Malaysiakini Sahkan Rafizi Banyak Berbohong Dan Memfitnah
https://3.bp.blogspot.com/-ARJskmeVMdo/WHWtDlqXQ4I/AAAAAAAACQ0/iT4rwW3s86UXLbemfjijnEYTfWXvbo7vACLcB/s400/3stooges.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ARJskmeVMdo/WHWtDlqXQ4I/AAAAAAAACQ0/iT4rwW3s86UXLbemfjijnEYTfWXvbo7vACLcB/s72-c/3stooges.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/01/portal-spin-malaysiakini-sahkan-rafizi.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/01/portal-spin-malaysiakini-sahkan-rafizi.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy